Universiti Negeri Michigan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Universiti Negeri Michiganmap
Remove ads

Universiti Negeri Michigan (bahasa Inggeris: Michigan State University, disingkatkan kepada MSU) adalah sebuah universiti penyelidikan awam di East Lansing, Michigan, Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan pada tahun 1855 hasil pemberian geran tanah pelopor dan menjadi satu model bagi kolej-kolej pemberian tanah di Amerika Syarikat di bawah Akta Morrill 1862. Alumninya termasuklah sekurang-kurangnya enam pemenang Hadiah Pulitzer. Rekod MSU bagi pemegang Biasiswa Rhodes telah mengetuai Big Ten semenjak 1970-an. MSU telah mempelopori pengajian pembungkusan, perniagaan ketamuan, telekomunikasi, dan terapi muzik.

Fakta Segera Moto, Jenis ...

Pada masa ini program pengajian luar negerinya merupakan yang paling besar di kalangan universiti berkampus tunggal di negara tersebut, menawarkan lebih daripada 200 program bagi lebih daripada 60 negara di semua benua termasuklah Antartika. Ia dianggap sebagai salah sebuah universiti Public Ivy Amerika, yang mengiktiraf universiti penyelidikan awam yang ternama di Amerika Syarikat.[5]

Remove ads

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads