Michael Crichton

From Wikipedia, the free encyclopedia

Michael Crichton

John Michael Crichton [ˈkraɪtən, jon mai.kĕl krai.tĕn] (23 Oktober 1942 – 4 November 2008) merupakan seorang penulis serta pengarah dan penerbit filem dari Amerika Syarikat. Beliau terkenal menulis mengenai tema yang mempersoalkan kesan pemergunaan teknologi, terutamanya yang berkaitan bidang bioteknologi, terhadap kehidupan manusia.

Fakta Segera Lahir, Meninggal dunia ...
Michael Crichton
Thumb
Crichton di Universiti Harvard tahun 2002
LahirJohn Michael Crichton
(1942-10-23)23 Oktober 1942
Chicago, Illinois, Amerika Syarikat
Meninggal duniaNovember 4, 2008(2008-11-04) (umur 66)
Los Angeles, California, A.S.
Nama penaJohn Lange
Jeffery Hudson
Michael Douglas
PekerjaanPenulis novel
penulis lakon layar
pengarah filem
penerbit filem dan televisyen
Bahasabahasa Inggeris
WarganegaraAmerika Syarikat
PendidikanHarvard College (A.B.)
Harvard Medical School (M.D.)
Tempoh1966–2008
GenreCereka aksi, pengembaraan dan sains
AnugerahAnugerah Edgar 1969
PasanganJoan Radam (1965–1970)
Kathy St. Johns (1978–1980)
Suzanne Childs (1981–1983)
Anne-Marie Martin (1987–2003)
Sherri Alexander (2005–kematiannya tahun 2008)
Anak2
Tandatangan
Thumb
Laman web
www.crichton-official.com
Tutup

Biografi

Awal hidup

John Michael Crichton[1] lahir pada 23 Oktober 1942 di Chicago, Illinois.[2][3][4][5] Ayahnya John Henderson Crichton, seorang wartawan manakala Zula Miller Crichton seorang suri rumah. Beliau diibesarkan di bandar Roslyn di Long Island, New York.[1] Pengalamannya yang sering merantau sekitar bndar tersebut selama berbatu-batu tanpa rasa bahaya turut begitu membentuk peluang pendidikannya jika berbanding dengan keadaan hiruk-pikuk yang berlaku di kawasan kotaraya yang lebih pesat.[6]

Beliau mula menunjukkan minat tingginya terhadap penulisan: beliau ada pernah menulis pengalamannya melawat Sunset Crater di Arizona ketika dalam akhbar New York Times ketiks berusia 14 tahun.[7][8]

Dalam pengajian perubatan

Crichton memulakan pengajian tingginya di Harvard College pada tahyn 1960.[7]

Semasa beliau menjalani latihan kerja perklinikan di Boston City Hospital, Crichton mula merasa jelek dengan persekitaran kerjanya yang begitu mengutamakan reputasi doktor yang bekerja di situ berbanding tugaas merawat pesakit.[9][halaman diperlukan] Beliau lulus dari Harvard dengan ijazah Sarjana tahun 1969,[10] serta mendapatkan kefeloan pascakedeoktoran di Salk Institute for Biological Studies, La Jolla, California dari tahun 1969 hingga 1970.[11] Beliua tidak mengambil lesen kedoktoran dan memilih menjadi seorang penulis sepenuh masa.[12]

Kerjaya penulisan

Penceburan bidang lain

Crichton turut mencipta serta menerbit secara eksekutif drama televisyen berlatarbelakangkan kerjaya para pakar bedah dan doktor berjudul ER. Steven Spielberg turut menjadi pembangun bersama sebagai penasihat kreatif dan penerbit eksekutif msuim pertama sebelum kerja tersebut diambil alih John Wells pada musim-musim berikutnya. Rancangan tersebut menjadi sangat digemari sehingga mendududi kedudukan teringgi carta rancangan televisyen di Amerika Syarikat pada tahun 1994.[13]

Beliau turut mencuba nasib membangunkan seberapa permainan video: permainan pertamanya ialah sebuah judul berformat pengembaraan iaitu Amazon (1984) dihasilkan John Wells dan diedarkan Trillium Corporationuntuk platform-platform Apple II, Atari 8-bit, Atari ST, Commodore 64 dan DOS. Amazon agak laris dengan sebanyak lebih 100,000 salinan dijual.[14] Pada tahun 1999 pula, Crichton mengasaskan syarikat Timeline Computer Entertainment dengan David A. Smith. Malangnya, satu-satunya permainan komputer dihasilkan mereka untuk edaran Eidos Interactive iaitu Timeline (10 November 2000) mendapat sambutan yang negatif.

Senja hidup

Crichton didiagnos penyakit limfoma pada awal tahun 2008.[15] Beliau menjalani rawatan kemoterapi sejak itu dan keadaannya tampak meningkat sehingga ramai kenalannya menyangka beliau dijangka pulih sepenuhnya. Namun, Crichton akhirnya meninggal dunia pada 4 November 2008 ketika berusia 68 tahun.[16][17][18]

Senarai karya penulisan

Di bawah nama pena "John Lange"
  • Odds On (1966)[19]
  • Scratch One (1967)[20]
  • Easy Go (1968, turut diberi judul The Last Tomb)[21]
  • Zero Cool) (1969)[22]
  • The Andromeda Strain (1969)[23]
  • The Venom Business (1969)[24]
  • Drug of Choice (1970, turut diberi judul Overkill)[25]
  • Grave Descend (1970)[26]
  • Binary (1972, diterbit semula di bawah nama Crichton tahun 1993)[27]
Di bawah nama pena lain
  • A Case of Need as Jeffery Hudson (1968, diterbit semula di bawah nama Crichton in 1993)[28]
  • Dealing (1970, di bawah nama Michael Douglas - bersama adiknya Douglas Crichton)[29]
Di bawah nama sendiri
  • The Terminal Man (1972)[30]
  • The Great Train Robbery (1975)[31]
  • Eaters of the Dead (1976, turut diberi judul The 13th Warrior) [32]
  • Congo (1980)[33]
  • Sphere (1987)[34]
  • Jurassic Park (1990)[35]
  • Rising Sun (1992)[36]
  • Disclosure (1994)[37]
  • The Lost World (1995)[38]
  • Airframe (1996)[39]
  • Timeline (1999)[40]
  • Prey (2002)[41]
  • State of Fear (2004)[42]
  • Next (2006)[43]
  • Pirate Latitudes (2009; penerbitan anumerta)[44]
  • Micro (2011; penerbitan anumerta - disiapkan oleh Richard Preston}[45]
  • Dragon Teeth (2017; penerbitan anumerta)[46]

Filemografi

Filem cetera

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Catatan
1973 Extreme Close-Up (a.k.a. Sex Through A Window) Screenwriter
Westworld Sebagai pengarah
1978 Coma Sebagai pengarah
1979 The Great Train Robbery Sebagai penulis lakon layar dan pengarah
1981 Looker Sebagai pengarah
1984 Runaway Sebagai pengarah
1989 Physical Evidence Sebagai pengarah
1993 Jurassic Park Sebagai penulis lakon layar bersama
Rising Sun Sebagai penulis lakon layar bersama
1994 Disclosure Sebagai penerbit
1996 Twister Sebagai penulis bersama dan penerbit
1999 The 13th Warrior Sebagai penerbit dan pengarah sampingan
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Catatan
1972 Pursuit Telefilem, sebagai pengarah
Tutup

Siri televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Catatan
1994–2009 ER Pencipta, penulis dan penerbit eksekutif
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.