From Wikipedia, the free encyclopedia
Metro Tyne dan Wear (Inggeris: Tyne and Wear Metro), juga disebut oleh orang tempatan sebagai Metro sahaja merupakan sistem transit laju dan kereta api ringan di England Timur Laut,[3][4] dan ia telah dibuka pada 1980. Ia memberi khidmat di kawasan Newcastle upon Tyne, Gateshead, Tyneside Selatan dan Utara serta Sunderland di kawasan Tyne dan Wear. Sistem ini disifatkan sebagai sistem aliran ringan moden pertama di United Kingdom.[5]
Metro Tyne dan Wear | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Nama asal | Tyne and Wear Metro | ||
Lokasi | Tyne dan Wear England | ||
Jenis transit | Aliran ringan | ||
Jumlah laluan/aliran | 2 | ||
Jumlah stesen | 60 | ||
Bil. penumpang harian | 109,600 (2015) | ||
Bil. penumpang tahunan | lebih daripada 40 juta (2015)[1] | ||
Laman sesawang | Nexus | ||
Operasi | |||
Mula beroperasi | 11 Ogos 1980 | ||
Pengendali | Nexus Arriva UK Trains | ||
Teknikal | |||
Panjang sistem | 74.5 km (46.3 bt)[2] | ||
Tolok landasan | 1435 | ||
Pengelektrikan | 1500 V DC | ||
Kelajuan tertinggi | 80 kilometer per jam (50 mph) | ||
| |||
sunting |
Pada 2007-2008, Metro Tyne dan Wear menyediakan 40 juta perjalanan awam pada rangkaian 74.5 kilometer (46.3 bt).[2] Ia juga adalah sistem kedua terbesar bagi tiga sistem metro di United Kingdom, selepas London Underground dan yang lagi satu adalah Kereta Api Bawah Tanah Glasgow. Sistem kereta api ini dikendalikan oleh DB Regio Tyne & Wear Limited, satu anak syarikat Arriva UK Trains di bawah kontrak Nexus.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.