From Wikipedia, the free encyclopedia
Mesozoik (Bahasa Yunani: μεσο, meso, "antara" dan ζωον, zoon, "haiwan" atau secara keseluruhannya "haiwan pertengahan") adalah salah satu dari tiga era geologi pada eon Fanerozoik. Pembahagian waktu menjadi era ini diawali oleh Giovanni Arduino pada abad ke-18, walaupun nama asli yang diberikannya untuk Mesozoik adalah Sekunder (menjadikan era moden menjadi Tertier). Era yang berlangsung antara Paleozoik dan Senozoik ini sering pula disebut Zaman Kehidupan Pertengahan atau Zaman Dinosaur, mengikuti nama fauna yang dominan pada masa itu.
Era Mesozoik | |
---|---|
Kronologi | |
Tempoh pada era Mesozoik Skala masa anggaran untuk peristiwa terpenting pada era Mesozoik. Skala paksi: jutaan tahun dahulu. | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Nama panggilan | Zaman Reptilia, Zaman Konifer |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Era |
Unit stratigrafi | Eratem |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Kewujudan pertama konodon Hindeodus parvus. |
Sempadan bawah GSSP | Meishan, Zhejiang, China 31.0798°N 119.7058°E |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 2001 |
Takrif sempadan atas | Lapisan kaya dengan iridium yang berkait rapat dengan hentaman meteorit besar dan peristiwa kepupusan K-Pg selanjutnya. |
Sempadan atas GSSP | Keratan El Kef, El Kef, Tunisia 36.1537°N 8.6486°E |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 1991 |
Mesozoik ditanda dengan aktiviti tektonik, iklim, dan evolusi. Benua-benua secara perlahan mengalami pergeseran dari saling menyatu antara satu sama lain menjadi seperti sekarang ini. Pergeseran ini menimbulkan pelrbagai perkembangan evolusi penting lainnya. Iklim hangat yang terjadi sepanjang zaman ini juga memegang peranan penting bagi evolusi dan memperbagaikan spesis haiwan baru. Pada akhir zaman ini, dasar-dasar kehidupan moden terbentuk.
Mesozoik berlangsung lebih kurang selama 180 juta tahun, antara 251 hingga 65 juta tahun yang lalu. Era ini dibagi menjadi tiga zaman: Trias, Jura, dan Kapur.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mesozoik |
Skala waktu geologi: eon dan era
(dalam juta tahun)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.