From Wikipedia, the free encyclopedia
Mesoproterozoik ialah nama untuk era atau eratem geologi yang berlaku bermula sekitar 1,600 hingga 1,000 juta tahun dahulu. Mesoproterozoik merupakan era pertama sejarah Bumi dengam rekod geologi yang agak definitif masih selamat wujud. Terdapat benua-benua yang wujud semasa era sebelumnya (Paleoproterozoik), tetapi sedikit yang diketahui tentangnya. Jisim benua Mesoproterozoik adalah lebih kurang sama dengan yang wujud pada hari ini, walaupun susunan di permukaan Bumi berbeza.
Mesoproterozoik | |
---|---|
Kronologi | |
Tempoh pada era Meseoproterozoik -1600 — – -1550 — – -1500 — – -1450 — – -1400 — – -1350 — – -1300 — – -1250 — – -1200 — – -1150 — – -1100 — – -1050 — – -1000 — – Skala masa anggaran untuk peristiwa terpenting pada era Mesoproterozoik. Skala paksi: jutaan tahun dahulu. | |
Pentakrifan semula yang dicadangkan | 1780–850 Ma Gradstein et al., 2012 |
Subbahagian yang dicadangkan | Tempoh Rodinian, 1780–850 Ma Gradstein et al., 2012 |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Era |
Unit stratigrafi | Eratem |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Ditakrif secara kronometri |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA | 1991[1] |
Takrif sempadan atas | Ditakrif secara kronometri |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSA | 1991[1] |
Peristiwa utama era ini ialah pecahnya benua besar Kolumbia, pembentukan benua besar Rodinia,[2] dan evolusi pembiakan seks.[3]
Era ini ditandakan dengan perkembangan lanjut plat benua dan tektonik plat. Benua super Kolumbia pecah antara 1500 dan 1350 juta tahun dahulu,[2] dan serpihan itu terhimpun semula menjadi superbenua Rodinia sekitar 1100 hingga 900 juta tahun dahulu (jtd), pada sempadan masa antara eon Mesoproterozoik dan eon seterusnya iaitu eon Neoproterozoik.[4] Peristiwa tektonik ini disertai dengan pelbagai orogeni (episod pembentukan gunung) yang merangkumi orogeni Kibaran di Afrika;[5] orogeni Ruker Akhir di Antartika;[6] orogeni Gothian[7] dan Svekonorwegian di Eropah; dan orogeni Picuris dan Grenville di Amerika Utara.[8]
Era ini menyaksikan perkembangan pembiakan seks yang meningkatkan kerumitan bentuk kehidupan yang akan datang secara ketara dan menandakan permulaan pembentukan organisma multisel yang sebenar.[3][9] Walaupun biota era itu pernah dianggap sebagai mikrob secara eksklusif, penemuan baru-baru ini telah menunjukkan kehidupan multisel memang wujud semasa era Mesoproterozoik.[10][3] Era ini juga merupakan titik perkembangan tertinggi stromatolit sebelum ia merosot dalam era Neoproterozoik.[11]
Pembahagian tempoh pada era Mesoproterozoik adalah pembahagian yang sekadar berdasarkan masa. Ia bukan bercirikan unit geostratigrafi mahupun unit biostratigrafi. Keputusan untuk mengasaskan skala masa Prakambria pada pentarikhan radiometrik mencerminkan sifat kekurangan rekod fosil, dan pembahagian masa geologi Prakambria secara kasar menggambarkan kitaran tektonik utama. Ada kemungkinan bahawa semakan masa hadapan pada skala masa akan mencerminkan lebih banyak sempadan "semula jadi" berdasarkan peristiwa geologi korelatif.[12]
Era Mesoproterozoik kini dibahagikan kepada tempohKalimma (1600 hingga 1400 jtd), tempoh Ektasis (1400 hingga 1200 jtd), dan tempoh Stenos (1200 hingga 1000 jtd). Tempoh Kalimma dan tempoh Ektasis dicirikan oleh penstabilan dan pengembangan penutup kratonik, manakala tempoh Stenos pula bercirikan pembentukan jalur orogenik.[12]
Tempoh masa dari 1780 jtd sehingga 850 jtd, yakni tempoh tidak rasmi berdasarkan stratigrafi dan bukannya kronometri, dinamakan Rodinian, diterangkan dalam tinjauan skala masa geologi 2012 yang disunting oleh Gradstein et al.,[13] tetapi sehingga Februari 2017, perkara ini belum diterima pakai secara rasmi oleh Kesatuan Sains Geologi Antarabangsa (IUGS).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.