From Wikipedia, the free encyclopedia
Mencari Konklusi (digayakan sebagai mencarikonklusi) merupakan album studio kedua oleh kumpulan rock Malaysia, Hujan. Ia dikeluarkan pada 18 Ogos 2009 oleh Noh Phrofile Enterprise. Tiga lagu di dalam album ini dikeluarkan sebagai single.[1]
Mencari Konklusi | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 18 Ogos 2009 | |||
Dirakamkan pada | 2008-2009 | |||
Genre | Alternative rock, Indie | |||
Syarikat | Noh Phrofile Enterprise | |||
Kronologi Hujan | ||||
| ||||
Single daripada Mencari Konklusi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Berbanding album pertama yang mengandungi 14 lagu, Mencari Konklusi hanya memuatkan 7 lagu sahaja. Menurut kumpulan ini, "album ini lebih kepada EP berbanding LP".[2][3]
Mencari Konklusi dikeluarkan pada Julai 2009. Tiga lagu dikeluarkan sebagai single—"Mencari Konklusi", "Kau Harus Ada" dan "Sangkar Besi di Hatiku". Majlis pelancaran album ini diadakan di Hard Rock Cafe pada 9 Oktober 2009. Bagi mempromosikan album ini dalam format digital, Hujan bekerjasama dengan Metadome Sdn Bhd.[4]
Konsert jelajah bagi mempromosikan Mencari Konklusi berlangsung dari 4 Oktober sehingga 31 Oktober di seluruh Malaysia.[5]
Kesemua runut ditulis dan digubah oleh Hujan.
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "2nd Airwave (Malam Minggu)" | 4:48 | |
2. | "Obsesi" | 4:09 | |
3. | "Mencari Konklusi" | 3:20 | |
4. | "Kau Harus Ada" | 3:45 | |
5. | "Benci" | 3:58 | |
6. | "Romantik" | 3:58 | |
7. | "Sangkar Besi di Hatiku" | 4:10 |
Negara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 18 Ogos 2009 | Muat turun digital Penstriman digital |
Noh Profile Enterprise, FMC Music |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2010 | Anugerah Juara Lagu 2010 | Mencari Konklusi Lagu/Lirik:Noh Hujan |
Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.