Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Menantu Ting Tong ialah sebuah siri drama televisyen komedi romantik Malaysia 2016 arahan Nazir Jamaluddin, dibintangi oleh Ruhainies dan Azrel Ismail, bersama-sama dengan Ben Amir dan Tash Yong.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana Slot Dahlia TV3 bermula 15 Julai 2016 hingga 27 Ogos 2016 menggantikan Mr Tanda Soal.
Menantu Ting Tong | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Komedi |
Ditulis oleh | Eja Lorena |
Pengarah | Nazir Jamaluddin |
Dibintangi oleh | Ruhainies Azrel Ismail Ben Amir Tash Yong |
Lagu pembukaan | "Keliru" oleh Sissy Imann |
Lagu penutup | "Menantu Ting Tong" oleh Oja |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Mohd Ismail Hassan Ali Rahmatun Nisa Abd Wahab |
Penerbit | Zainuddin Ismail |
Penyunting | Elson Tommas |
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Enuja Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 15 Julai 2016 – 27 Ogos 2016 |
Kronologi | |
Mengikuti | Mr Tanda Soal |
Diikuti oleh | Bibik-Bibikku |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Mengisahkan tentang kekecohan dan konflik yang berlaku antara dua buah keluarga iaitu keluarga Tuan Mazlan dan Puan Rozie serta keluarga Encik Ismail dan Puan Latifah. Dua buah keluarga yang berbeza status dan darjat serta cara kehidupan. Keluarga Tuan Mazlan adalah dari golongan ‘high class’ dan sudah terbiasa dengan kehidupan mewah manakala keluarga Encik Ismail pula dari golongan sederhana dan sangat berjimat cermat dengan perbelanjaan harian.
Konflik bermula apabila Marsha, anak bongsu pasangan Tuan Mazlan dan Puan Rozie telah jatuh cinta dengan Luqman anak lelaki Encik Ismail dan Puan Latifah. Puan Rozie sangat menentang keras perkahwinan mereka kerana baginya Luqman tidak layak untuk Marsha apatah lagi lepas kahwin Marsha kena tinggal bersama keluarga mertuanya. Marsha yang sudah biasa tinggal di bangle mewah yang serba lengkap kini terpaksa tinggal di kawasan perumahan kos rendah yang sangat sempit dan hanya ada satu bilik air untuk dikongsi bersama keluarga .
Berkali-kali Puan Rozie pujuk Luqman dan Marsha untuk tinggal di banglo mewah bersama mereka. Namun, Luqman menolak dengan baik kerana dia tidak mahu mengambil kesempatan atas kemewahan keluarga isterinya serta mahu berusaha yang terbaik untuk menyediakan kelengkapan hidup selepas berkahwin.
Marsha yang tidak pernah melakukan kerja-kerja rumah sebelum ini sering dileteri oleh Puan Latifah. Marsha cuba mengambil hati ibu mentuanya dengan belajar memasak, menanam dan mencuci tetapi ada sahaja yang tak kena. Jadi, bermulalah perang dingin antara Puan Latifah dan Puan Rozie. Bagaimanakah Luqman dan Marsha menyelesaikan konflik tersebut?
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.