Melamina

From Wikipedia, the free encyclopedia

Melamina (bahasa Inggeris: Melamine) adalah sebatian bes organik dengan satu sianamida trimer dengan satu tulang belakang 1,3,5-triazina. Formula kimianya adalah C3H6N6, dan ia memiliki nama IUPAC 1,3,5-triazina-2,4,6-triamina. Ia hanya sedikit larut dalam air.

Artikel ini mengenai bahan kimia yang dipanggil melamina. Istilah "melamina" boleh juga merujuk kepada resin melamina, iaitu plastik yang dibuat daripada melamina and formaldehida.
Maklumat lanjut Pengecam, Sifat ...
Melamina[1]
Nama IUPAC 1,3,5-Triazine-2,4,6-triamine
Nama lain 2,4,6-Triamino-s-triazine
Cyanurotriamide
Cyanurotriamine
Cyanuramide
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ECHA InfoCard 100.003.288
  • Nc1nc(N)nc(N)n1
Sifat
C3H6N6
Jisim molar 126.12 g/mol
Rupa bentuk White solid
Ketumpatan 1574 kg/m3
Takat lebur 350 °C (662 °F; 623 K)
Takat didih Sublimes
3.1 g/l (20 °C)
Kecuali sebaliknya dicatatkan, data diberikan untuk
bahan-bahan dalam keadaan piawai
(pada 25 °C, 100 kPa)

Penafian dan rujukan Infobox
Tutup

Ahli sains Jerman, Justus von Liebig, merupakan orang pertama yang mensintesis satu sebatian pada tahun 1830an dan memanggilnya melamina. Minat komersial dan sintesis sebatian ini bermula pada tahun 1937. Kini melamina merupakan bahan penting dalam pengeluaran produk sintetik tahan haba di seluruh dunia.[2]

Melamine bergabung dengan asid sianurik untuk membentuk melamina sianurat, boleh mengakibatkan kes keracunan makanan seperti dalam kes keracunan eksport protein China.

Etimologi

Perkataan Jerman Melamin telah digunakan dengan menggabungkan dua produk kimia yang lain: Melam (satu ambilan distilasi daripada ammonium tiosianat) dan Amin. [3] [4]

Kegunaan

Melamina digunakan dengan formaldehida untuk membuat resin melamina, plastik tahan haba, dan busa melamina iaitu satu bahan pembersih polimer. Produk akhir termasuk kain, gam, dan pinggan mangkuk. Melamina adalah komponen utama dalam Pigmen Kuning 150, iaitu pewarna dalam dakwat dan plastik.

Melamina juga digunakan sebagai baja tanaman kerana kandungan nitrogennya yang tinggi (lebih kurang 66.5% atau dua pertiga).[5]

Kesihatan

Melamina adalah bahan yang tidak dibenarkan di dalam semua makanan. Penambahan melamina dalam makanan adalah menyalahi undang-undang Malaysia di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.[6]

Kesan melamina secara langsung mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Pengambilan melamina melalui makanan juga boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan dan pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi.

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.