Md Raus Sharif
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tun Dato' Seri Md Raus bin Sharif (lahir 4 Februari 1951) merupakan Ketua Hakim Negara Malaysia[1] dari 1 April 2017 hingga 31 Julai 2018.[2] beliau menggantikan Arifin Zakaria.
Md Raus Sharif | |
---|---|
Ketua Hakim Negara | |
Dalam jawatan 1 April 2017 – 31 Julai 2018 | |
Dicalonkan oleh | Dato' Sri Najib Razak |
Dilantik oleh | Sultan Muhammad V |
Didahului oleh | Tun Arifin Zakaria |
Digantikan oleh | Tan Sri Richard Malanjum |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Md Raus bin Sharif 4 Februari 1951 Rembau, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Pasangan | Salwany Mohamed Zamri |
Anak | 2 |
Tempat belajar | Universiti Malaya London School of Economics |
Pendidikan
Beliau memulakan pendidikan formal di Sekolah Rendah Kampung Astana Raja di Rembau dan melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tunku Besar di Tampin. Beliau memperolehi Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1976 kemudian mendapat Ijazah Undang-undang dari London School of Economics pada tahun 1987.[3]
Kerjaya
Beliau menyertai Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman sebagai majistret pada tahun 1976.
Pada 1 November 1994, beliau telah dijadikan Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Pada 12 Januari 1996, beliau dilantik sebagai Hakim di Mahkamah Tinggi Malaya. Sejak itu, beliau telah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mahkamah Tinggi Muar, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada 28 Julai 2006, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Pada 12 September 2011, beliau dinaikkan pangkat sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.
Keluarga
Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Dato' Indera Salwany Mohamed Zamri dan mempunyai dua orang anak.
Penghargaan
Beliau telah dianugerahkan:
Seri Setia Mahkota (S.S.M) dengan gelaran Tun[4]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.