personaliti media sosial Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Muhammad Luthfi Rohime[1] (lahir 23 Jun 1990) atau lebih dikenali sebagai Mat Luthfi ialah seorang personaliti media sosial dan selebriti YouTube Malaysia yang berasal dari Kedah. Beliau telah berkahwin pada 29 Januari 2016.[2] Beliau merupakan graduan jurusan arkitek di Universiti Curtin di Perth, Australia.
Mat Luthfi | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Luthfi bin Rohime 23 Jun 1990 |
Pusat pendidikan | Universiti Curtin |
Pekerjaan | Personaliti media sosial, penulis, pengarah filem |
Tahun aktif | 2012–kini |
Terkenal kerana | YouTube MatLuthfi90 & ML Studios |
Laman web rasmi | https://matlut.com/ |
Mat Luthfi juga seorang penulis dan setakat 2018[kemas kini], telah menulis empat buku.[3][4] Beliau menduduki kerusi pengarah pada 2018 menerusi Sekolahaha terbitan Skop Productions.[5] Dan pada tahun 2018, Mat Luthfi telah menubuhkan satu saluran YouTube baharu iatu ML Studio. Saluran ML Studio merupakan sebuah saluran yang memaparkan tentang pelbagai info pengetahuan am dan berita semasa dari dalam dan luar negara. Dan pada tahun 2021, hampir 6,000 video telah dimuat-naik setakat ini.
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2012 | Shout! Award | Shout! Aloud Award | Menang |
2013 | Anugerah Lawak Warna 2013 | Video Viral Original Paling Popular | Menang |
2013 | Shout! Award | Shout! Aloud Award | Menang |
2014 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 | Aksi di YouTube Paling Popular | Menang |
2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 | Personaliti Media Sosial | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.