Marlia Musa
Pelakon, penggiat teater, pelawak dan pensyarah Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datin Hajah Marlia binti Musa (lahir 12 Jun 1969) ialah seorang pelakon, penggiat teater, pelawak dan pensyarah Malaysia.[3] Beliau mula diperkenalkan di layar perak menerusi filem Sesejuk Air Mata Ibu dan popular menerusi watak Ana dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai pensyarah ASWARA.[4] Beliau merupakan anak kepada pelakon Musa Mohd Amin Al Bakri yang telah meninggal dunia pada 12 Julai 1979 pada usia 37 tahun.[5]
Remove ads
Kerjaya
Marlia memulakan kerjaya lakonan pada 1981 menerusi filem Sesejuk Air Mata Ibu. Pada tahun 1993, beliau menjadi salah seorang barisan pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang mana beliau memegang watak sebagai Ana, seorang guru gantian. Beliau juga turut menyumbangkan suaranya untuk watak Mak Jah dalam iklan raya animasi 2021, Syukur Raya terbitan Petronas.
Kehidupan peribadi
Beliau mengikat tali pertunangan dengan penyanyi M. Nasir pada 7 Mei 2000,[6][7][8][9] pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 31 Ogos dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suci Musalmah.[10][11][12]
Di waktu lapang, Marlia mempunyai hobi membaca buku.[13]
Filemografi
Filem
Iklan
Televisyen
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
