From Wikipedia, the free encyclopedia
Marcus Mosiah Garvey Jr. ONH (17 Ogos 1887 – 10 Jun 1940)[1] ialah seorang nasionalis kulit hitam kelahiran Jamaica yang aktif dalam kedua-dua Jamaica dan Amerika Syarikat.[2] Beliau dikenali sebagai pelopor pergerakan Pan-Afrikanisme, terutamanya falsafah yang mengerakkan gerakan massa dan pemerkasaan ekonomi golbal ditumpukan kepada Afrika dikenali sebagai Garveyisme; ia menekankan usaha orang-orang keturunan Afrika di bandar untuk "menebus" negara-negara dalam benua tersebut serta keluarnya kuasa penjajah Eropah daripada benua itu.
Marcus Garvey | |
---|---|
Kelahiran | Marcus Mosiah Garvey Jr. 17 Ogos 1887 Saint Ann's Bay, Jamaica |
Meninggal dunia | 10 Jun 1940 52) | (umur
Pekerjaan | Publisher, journalist |
Terkenal kerana | Aktivisme, nasionalisme kulit hitam, Pan-Afrikanisme |
Pasangan | Amy Ashwood (k. 1919; c. 1922) Amy Jacques (k. 1922) |
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa | Marcus Mosiah Garvey Sr. Sarah Anne Richards |
Marcus Mosiah Garvey lahir pada 17 Ogos 1887 di bandar Saint Ann's Bay, Jajahan Jamaica.[3] Beliau dilahirkan sebagai anak bongsu dalam lima adik-beradik[4] kepada Malchus Garvey, seorang tukang batu,[5] dan Sarah Richards, seorang pembantu rumah.[6] Nama keluarga mereka diturunkan daripada suatu keluarga bangsa Ireland yang pernah memiliki mereka sebagai hamba;[7] keluarga ini dimerdekakan setelah tergubalnya Akta Penghapusan Hamba 1833 pada zaman datuk moyangnya.[7]
Keluarga mereka boleh menamung diri dengan gaji yang lebih mahal daripada jiran-jiran mereka sehingga ayah Marcus boleh mempunyai koleksi buku sendiri;[8] namun hubungan sesama mereka agak renggang lagi-lagi dengan perangainya yang panas barang[9][10] Dalam keadaan ini Garvey masih berpeluang bersekolah hingga usia 14 tahun di sebuah gereja,[11] beliau bekerja di ladang bapa saudaranya semasa lapangnya.[12]
Marcus menjadi pekerja latihan seorang bapa baptisnya di sebuah syarikat percetakan setelah dia tamat persekolahannya.[13] Beliau berpindah ke Smith Village, Kingston[14] bekerja dalam divisyen percetakan P.A. Benjamin Manufacturing Company - beliau segera naik pangkat atas kecekapan bekerjanya menjadi mandur.[15]
Garvey menubuhkan kesatuan dagang terlibat dalam suatu mogok pekerja pada November 1908, hal ini menyebabkannya dipecat setelah tunjuk mogok ini dapat dileraikan berminggu-minggu kemudian.
Jamaica menghadapi kemelesetan besar yang memaksa banyak penduduk berhijrah dari pulau tersebut,[16] ini turut termasuk Garvey sendiri yang mencuba nasib di sebuah ladang pisang milik United Fruit Company di Limón, Costa Rica.[17]
Beliau dipengaruhi pergerakan-pergerakan anti-British di Ireland (melalui kepimpinan Sinn Féin dan Éamon de Valera)[18][19] dan India (melalui swaraj)[20] pada tahun-tahun 1910-an dan 1920-an, di mana hal sedemikian dilihat mirip perjuangan yang dihadapi bangsa kulit hitam terhadap bangsa kulit putih.[21]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.