Manjung

From Wikipedia, the free encyclopedia

Manjung

Manjung merupakan sebuah daerah di negeri Perak. Daerah ini mempunyai keluasan dan 1,113/58 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 192 ribu orang. Manjung merupakan antara empat daerah di Perak yang mempunyai perairan laut. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Seri Manjung manakala Sitiawan menjadi bandar terbesar.

Fakta Segera Negara, Negeri ...
Manjung
منجوڠ
Thumb
Thumb
Lokasi Manjung di Perak
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahManjung
PusatSeri Manjung
Bandar terbesarSitiawan
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Manjung
Pentadbiran
  Datuk BandarYaakop bin Fakir Mohd PCM., AMP., PJK.
Keluasan
  Jumlah1,113.58 km2 (429.96 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
  Jumlah246,977
  Kepadatan220/km2 (570/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
320xx-325xx, 327xx, 349xx
Kod panggilan+6-05
Plat pendaftaran kenderaanA
BungaBunga Loceng
Laman sesawangmpm.gov.my
Tutup

Sejarah

Daerah Manjung sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Daerah ini pernah menjadi sebahagian dari Negeri Selat yang pada ketika itu daerah ini berada dibawah pentadbiran Pulau Pinang. Daerah Dindings telah menjadi sebahagian dari Pulau Pinang sebaik sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh pihak Britain dengan Raja Muda Abdullah. Perjanjian ini ditandatangani bagi menghentikan pertumpahan darah akibat dari 2 peristiwa utama iaitu perebutan takhta di antara kerabat diraja Perak sebaik sahaja kemangkatan Sultan Jaafar dan peperangan diantara Puak Ghee Hin dan Hai San di Larut untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah di Jajahan Larut Taiping.

Sebagai syarat perjanjian tersebut, Sultan Perak perlu menerima seorang Residen British iaitu Sir J.W.W. Birch, menyerahkan Jajahan Dindings kepada British, perlantikan penolong Residen di Taiping iaitu Kapten Speedy di Matang dan Sultan Ismail diturunkan dari takhta Perak.

Semasa era penjajahan Inggeris, Jajahan Dindings merangkumi 3 kawasan utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor sahaja. Walau bagaimanapun pada tahun 1937, setelah hampir 10 tahun Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Alang Iskandar telah merayu kepada British agar Jajahan Dindings dikembalikan ke pangkuan Perak dan British telah menyerahkan kembali pada tahun berkenaan. Alasan utama baginda, Perak tidak mempunyai kawasan berpantai. Setelah penyerahan Jajahan Dindings, Kerajaan Perak telah menyatukan jajahan berkenaan dengan Bruas dan kawasan - kawasan persisiran pantai bahagian selatan. Pada tahun 1973, Daerah Dindings telah diberi nama baru iaitu Daerah Manjung dan nama berkenaan berkekalan sehingga kini.

Pecahan pentadbiran

Thumb Daerah Manjung terbahagi kepada lima buah mukim, sebuah bandar dan 15 pekan;[2]

Beruas

Lekir

Lumut

Pengkalan Baharu

Sitiawan

Demografi

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970127,861    
1980143,610+12.3%
1991168,331+17.2%
2000191,132+13.5%
2010227,071+18.8%
2020246,977+8.8%
Tutup

Pada tahun 2020, jumlah penduduk di daerah Manjung seramai 246,977 orang. Daerah ini mempunyai kepadatan penduduk 219 orang perkilometer persegi iaitu kepadatan penduduk padat. Mukim Sitiawan mencatatkan jumlah penduduk paling tinggi iaitu 118,868 orang. Majoriti penduduk merupakan Bumiputera iaitu 58.1 peratus dari keseluruhan penduduk. Majoriti penduduk juga beragama Islam iaitu 56.2 peratus dari keseluruhan penduduk.[3]

Maklumat lanjut Kaum, Jumlah penduduk ...
Pecahan etnik warganegara
Kaum Jumlah penduduk Peratus
Bumiputera 133,517 58.1
Cina 65,855 28.7
India 29,417 12.8
Lain-lain 823 0.4
Tutup
Maklumat lanjut Agama, Jumlah penduduk ...
Penduduk mengikut agama
Agama Jumlah penduduk Peratus
Islam 138,851 56.2
Buddha 55,177 22.3
Hindu 28,322 11.5
Kristian 10,447 4.2
Lain-lain 5,821 2.4
Tidak diketahui 7,316 3.0
Tidak beragama 1,043 0.4
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.