Mambang
makhluk halus From Wikipedia, the free encyclopedia
Mambang merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat di sesuatu tempat tertentu. Mambang dikatakan sama seperti bunian, atau pari-pari kerana mempunyai sistem masyarakat yang lengkap, atau juga dikenali sebagai orang halus. Mambang dipercayai berasal dari kepercayaan semangat kuno yang berasal dari pengaruh Indonesia.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Alam Ghaib | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | ||||||||||||||
Mambang | ||||||||||||||
| ||||||||||||||
Gambaran | ||||||||||||||
Sejenis makhluk halus |
Mambang dibahagikan kepada beberapa kelompok, bergantung kepada ancaman mereka.
Matlamat
Mambang dikatakan berada dikawasan tertentu dan mampu mendatangkan kemudaratan kepada mereka yang menceroboh kawasan mambang.
Status
Mambang adalah sejenis makhluk halus yang hidup bebas dan tidak dipelihara oleh manusia. Sungguhpun begitu, mambang dipercayai tinggal di sesuatu lokasi tertentu yang berdekatan dengan manusia. Justeru,apabila manusia melakukan kegiatan di sesuatu tempat, mereka perlu memberitahu kepada mambang agar tidak berlaku kejutan. Kehadiran dan penampakan mambang memang tidak dapat dibuktikan secara ilmiah.Ia hanya bersifat kepercayaan sahaja. Kepercayaan ini dibuktikan dengan adanya mantera-mantera yang dibacakan di dalam sesuatu ritual. Berbagai nama mambang disebut oleh pawang diraja ketika melakukan upacara di atas balai gambang.
Penelitian secara ilmiah
Kajian mengenai kepercayaan masyarakat Melayu terhadap kewujudan dan kehadiran mambang hanya bersifat kajian di lapangan. Ia tidak boleh dibuktikan, sekadar laporan yang diberi oleh responden sesuatu kajian.[1]
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.