pengasas kerajaan Samudera Pasai From Wikipedia, the free encyclopedia
Malik ul Saleh (Malik Al Saleh, Malik al Saleh atau Malik ul Saleh; bahasa Arab: الملك الصالح) ialah orang Aceh yang menubuhkan negeri Islam pertama di Nusantara iaitu Samudera Pasai pada tahun 1267. Nama asal beliau ialah Mara Silu, Merah Silu, atau Muerah Silu. Dikatakan bahawa beliau ada terlihat seekor semut sebesar kucing. Semut itu kemudiannya ditangkapnya lalu dimakan. Beliau menamakan tempat itu Samudera yang bererti "lautan" dalam bahasa Sanskrit (samudra). Raja Mara Silu kemudiannya memeluk Islam lalu diberi nama ayyubiyah, Malik Al-Saleh. Beliau menikahi puteri penguasa kerajaan tetangganya iaitu Kerajaan Perlak. Baginda berdua dikurniakan dua orang putera. Menurut Hikayat Raja-raja Pasai, beliau bertemu Nabi Muhammad SAW dalam mimpi lalu memeluk Islam. Sumber yang lain mendakwa seorang putera bernama Malik dari Aceh belayar merentasi lautan ke Beruas (Gangga Negara) lalu menubuhkan kesultanan di sana.[perlu rujukan]
Meurah Silu: Pengasas Kesultanan Samudera-Pasai
Dalam Hikayat Raja-raja Pasai, disebutkan bahawa pada satu ketika, terdapat dua putera di Pasai iaitu Raja Ahmad dan adiknya, Raja Muhammad. Mereka masing-masing mempunyai anak angkat iaitu Puteri Buluh Betong dan Meurah Gajah. Kemudiannya, kedua-duanya telah berkahwin dan mendapat dua putera bernama Meurah Silu dan Meurah Hasun. Setelah wafatnya Raja Ahmad dan Raja Muhammad serta kedua ibu bapa mereka, Meurah Silu berpindah ke Rimba Jeram. Di sini, beliau melihat semut gergasi dan memakannya, lalu menamakan tempat tersebut sebagai Samudera, sedangkan Pasai adalah nama anjing buruannya. Akhirnya negeri tersebut dikenali sebagai Samudera-Pasai. Dalam riwayat lain, dikatakan Meurah Silu adalah putera keturunan Suku Imam Empat (Sukee Imeum Peuet) yang berasal dari Khemer. Keturunan mereka menjadi raja-raja di Perlak, Indrapurba, Samaindra dan Jeumpa. Sesetengah sarjana mengatakan Meurah Silu adalah keturunan dari dinasti Johan Berdaulat dari Perlak.
Meurah Silu (m. 1297M) menjadi tokoh yang sangat penting dalam sejarah kerajaan Samudera-Pasai kerana beliaulah yang mengasas kerajaan ini, dan kebanyakkan pengkaji mendakwa beliaulah raja Melayu yang pertama beragama Islam dengan gelaran Malik as-Salleh pada 1267M. Disebabkan peranan besar kerajaan Samudera-Pasai dalam menyambung peranan Perlak dalam perluasan dakwah di Nusantara, dengan sendirinya Meurah Silu menjadi tokoh yang sangat penting dalam perkembangan daulah Islam di rantau ini. Pada batu nisan Malik as-Salleh yang ditemui di Aceh mencatatkan, “Ini kubur adalah kepunyaan al-Marhum hamba yang dihormati, yang diampuni, yang taqwa, yang menjadi penasihat, yang terkenal, yang berketurunan, yang mulia, yang kuat beribadah, penakluk, yang bergelar dengan Sultan Malik as-Saleh.” Batu nisan itu mencatatkan tarikh kewafatan baginda pada bulan Ramadhan tahun 696H (1297M)
Menurut Majlis Islam Victoria (ICV Diarkibkan 2011-07-19 di Wayback Machine), sejarawan mengatakan "bahawa pada awal abad ke-9, pedagang Arab dan pelaut (dan orang-orang Islam yang lain) telah mula menguasai Nanhai (Guangzhou) atau Perdagangan Asia Tenggara." Begitupun, makam Malik ialah bukti kewujudan yang tertua diketahui di Indonesia.[1] Makamnya menyatakan bahawa tarikh kematiannya adalah dalam bulan Ramadan 696 Hijrah (Jun atau Julai 1297 Masihi).[2]:202
Kewujudan kerajaan Samudera Pasai dikatakan bermula setelah kemelut dalaman kerajaan Samudera selepas kewafatan Sultan al-Kamil pada 1210M tanpa putera. Selepas 50 tahun berkrisis, Meurah Silu dari Pasai berjaya merampas kuasa dari Sultan Malik an-Nassir pada 1261M, lalu baginda menjadi raja Samudera Pasai. Selepas itu, beliau dikahwinkan dengan puteri Perlak dan menjadi raja pada 1267M dengan nama Sultan Malik as-Salleh. Baginda mempunyai putera dari perkahwinan ini bergelar Sultan Muhammad Malik az-Zahir (1297-1320M). Selepas kewafatan Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Aziz Johan Berdaulat (1267-1292M), kerajaan Perlak telah menghadapi serangan musuh, dan ramai rakyatnya berundur ke Samudera Pasai. Sultan Malik as-Salleh menjadi tokoh penting yang mempertahankan kelangsungan Perlak sehingga kewafatannya pada 1297M. Sejarah Melayu mengatakan ketika ini, kerajaan Samudera Pasai mempunyai seorang bendahara agung yang bernama Orang Kaya Raja Kenayan yang giat memperluas wilayahnya. Dengan peranan bendahara ini, Sultan Muhammad Malik az-Zahir yang naik takhta pada 1297M telah bertindak mengambil alih kerajaan ayahanda saudaranya di Perlak lalu diserapkan ke dalam kerajaan Samudera Pasai. Dengan itu, bermulalah kerajaan Samudera Pasai sebagai pengganti Perlak.
Selain kekuatan kerana kaliber sultan dan bendahara agung tersebut, Samudera Pasai ketika ini sudah mulai menjadi pelabuhan yang penting dan mempunyai hubungan dengan China, di sampinh kesuburan tanahnya. Wilayah kesultanan Samudera Pasai ketika ia dibangunkan oleh Sultan Muhammad Malik az-Zahir turut meliputi Gayo dan Aceh Tengah hingga ke Pergunungan Peut Sagoe. Seorang pengembara Perancis, Odoric de Pordenone (m. 1331M) mencatatkan negeri Samudera Pasai sebagai kaya dengan beras, emas, tembaga, kayu, lada dan juga binatang ternak. Dengan kekayaan ini dan kemajuan pelabuhannya, kerajaan Samudera Pasai telah menjadi pengganti yang melanjutkan legasi Perlak sebagai daulah Islam yang baru di Nusantara. Hal ini terbukti kerana Samudera Pasai dapat memainkan peranan yang lebih besar terhadap dakwah Islam ke seluruh Nusantara selain pelaksanaan syariat yang lebih meluas.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.