Malaccamax
From Wikipedia, the free encyclopedia
Malaccamax ialah istilah maritim untuk kapal-kapal besar yang muat memasuki Selat Melaka yang berkedalaman 25 meter. Oleh kerana Selat Sunda yang berkedalaman minimum 20 meter adalah lebih cetek, sebuah kapal Pasca-Malaccamax perlu melalui laluan alternatif yang lebih jauh seperti:[1]
- Selat Lombok, Selat Makasar, Selat Sibutu, dan Selat Mindoro
- Selat Ombai, Laut Banda, Selat Lifamatola antara Kepulauan Sula dan Kepulauan Obi, dan Laut Maluku
- Sekitar Australia
ataupun laluan baru buatan manusia seperti:
- Selat Melaka yang didalamkan, khususnya pada kedalaman minimumnya di Selat Singapura.
- cadangan Terusan Kra, yang memerlukan skala projek yang lebih besar.
Banyak kapal kargo pukal dan kapal tangki besar telah dibina pada saiz Malaccamax, dan diistilahkan sebagai "kapal tangki sangat besar" (very large crude carriers (VLCC)).[2] Kapal kontena Malaccamax yang masih dalam cadangan, bakal bersaiz 470 meter panjang, 60 meter lebar, dengan drauf sedalam 20 meter, dan 300,000 metrik tan berat mati untuk kapasiti 18,000 TEU (Unit bersamaan dua puluh kaki).[3] Keperluan perkembangan pelabuhan bakal membawa kepada pembinaan terminal-terminal yang dikhususkan untuk kapal-kapal bersaiz ini.[4]
Istilah lain seperti Panamax, Suezmax dan Seawaymax telah digunakan untuk kapal-kapal besar yang mampu melalui Terusan Panama, Terusan Suez dan Terusan St. Lawrence. Aframax pula merujuk kepada kapal-kapal tangki dengan berat mati dari 80,000 sehingga 120,000 metrik tan.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.