From Wikipedia, the free encyclopedia
Makromolekul (Jawi: مکروموليکول) ialah molekul yang sangat besar, seperti protein, biasanya terdiri daripada pempolimeran subunit lebih kecil yang dipanggil monomer. Ia biasanya terdiri daripada beribu-ribu atom atau lebih. Suatu bahan yang terdiri daripada monomer dipanggil polimer. Makromolekul yang paling biasa dalam biokimia ialah biopolimer (asid nukleik, protein, dan karbohidrat) dan molekul bukan polimer yang besar (seperti lipid dan makrokitar),[1] gentian sintetik serta bahan uji kaji seperti nanotiub karbon.[2][3]
Makromolekul ialah molekul besar yang terdiri daripada beribu-ribu atom terkait secara kovalen. Karbohidrat, lipid, protein, dan asid nukleik semuanya makromolekul. Makromolekul terbentuk oleh banyak monomer merangkai bersama, membentuk polimer. Karbohidrat terbentuk daripada karbon, oksigen, dan hidrogen. Monomer karbohidrat ialah monosakarida. Terdapat tiga bentuk karbohidrat: tenaga, storan, dan molekul struktur. Disakarida terbentuk apabila is tindak balas penyahhidratan menyertai dua monosakarida. Jenis lain makromolekul ialah lipid. Lipid ialah hidrokarbon yang tidak membentuk polimer. Lemak terbina daripada gliserol dan asid lemak. Fosfolipid biasa dijumpa di dwilapisan fosfolipid membran. Ia mempunyai kepala hidrofilik dan ekor hidrofobik. Protein ialah jenis lain makromolekul. Asid amino ialah monomer protein. Protein mempunyai banyak fungsi yang berlainan. Terdapat protein yang digunakan untuk sokongan struktur, storan, pengangkutan, komunikasi sel, gerakan, pertahanan menentang defense bahan asing, dan lebih lagi. Asid nukleik memancar dan bantu menyatakan maklumat pewarisan. Ia dibuat daripada monomer yang dipanggil nukleotida. Dua jenis asid nukleik iaitu DNA dan RNA.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.