Makhluk legenda merupakan makhluk mitos yang wujud dalam cerita rakyat (seringkali dikenal sebagai "makhluk ajaib" dalam buku-buku sejarah). Sesetengah makhluk, seperti naga dan griffin, pernah dipercayai merupakan makhluk yang benar-benar wujud. Sesungguhnya ada makhluk sebegini yang berdasarkan makhluk yang maujud, tetapi diputarbelitkan oleh kisah para pengelana; misalnya kisah unikorn mungkin timbul daripada penemuan tentang badak sumbu yang diputarbelitkan.
Walaupun demikian, beberapa makhluk yang kewujudannya hanya diceritakan secara lisan, kini dicari-cari dan ditemui sebagai makhluk yang benar-benar wujud; misalnya cumi-cumi raksasa. Di Afrika, penduduk pribumi Congo bercerita kepada para pelancong Eropah tentang wujudnya binatang yang rupanya seperti gabungan kuda belang dan zirafah. Ketika para pelancong menganggap bahawa itu sekadar cerita rakyat, pada tahun 1901, Sir Harry Johnston membawa sebuah kulit binatang yang membuktikan kewujudan makhluk tersebut, iaitu okapi.
Biasanya, makhluk legenda sedemikian merupakan chimera, iaitu hasil gabungan dua binatang atau lebih. Sebagai contoh, sentora merupakan gabungan manusia dengan kuda, minotaur merupakan gabungan manusia dengan lembu, dan ikan duyung merupakan gabungan manusia dengan ikan.
Terdapat sesetengah makhluk legenda yang dipercayai wujud sampai sekarang, seperti bigfoot, chupacabra, dan raksasa Loch Ness. Sepanjang zaman, makhluk-makhluk dalam legenda dijadikan lambang kaum ataupun hiasan bangunan. Makhluk-makhluk sebegini juga diadaptasi dalam budaya popular, baik karya sastera, filem, drama, kartun, mahupun permainan dan sebagainya.
Lihat juga
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Makhluk legenda |
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.