Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM), atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Malaysian Allied Health Professions Council (MAHPC), ditubuhkan di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774). Akta ini telah diwartakan pada tahun 2016 dan mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2020. Tujuan utama penubuhan MPKBM adalah untuk mengawal selia profesion kesihatan bersekutu yang sebelum ini tidak mempunyai pengawalan yang jelas, serta untuk memastikan amalan profesional yang berkualiti dan beretika dalam kalangan pengamalnya.[1]

Fakta Segera Kerangka, Jenis/bentuk sah ...
Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia
Kerangka
Jenis/bentuk sahBadan Profesional
Tapak webhttps://hq.moh.gov.my/alliedhealth
Pengurusan
Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu & Pendaftar Majlis Profesion Kesihatan BersekutuPuan L.Mageswary A/P Lapchmanan
Lokasi
Ibu pejabatBahagian Sains Kesihatan Bersekutu

Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 2, Blok A, Bangunan Utama Chancery Place, Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik, Presint 15,

62050 Putrajaya.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Sejarah Penubuhan

Penubuhan MPKBM adalah hasil daripada keperluan untuk memperkasakan dan mengawal selia pelbagai profesion kesihatan bersekutu di Malaysia. Sebelum akta ini dikuatkuasakan, banyak profesion dalam bidang kesihatan bersekutu beroperasi tanpa pengawasan yang mencukupi, yang boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan kesihatan.[2] Dengan adanya MPKBM, semua pengamal kesihatan bersekutu diwajibkan untuk mendaftar dan mematuhi piawaian yang ditetapkan, termasuk kelayakan akademik dan etika profesional.[3]

Tujuan Penubuhan

Tujuan utama MPKBM termasuk:

  • Mengawal selia pendaftaran pengamal kesihatan bersekutu.
  • Menentukan kelayakan dan latihan yang diperlukan untuk setiap profesion.
  • Mengawasi amalan, etika, dan tingkah laku profesional pengamal kesihatan bersekutu. [4]
  • Memastikan bahawa semua pengamal menjalankan tugas mereka dengan kompeten dan bertanggungjawab.

Senarai Profesion yang Diperatur

  1. Ahli Audiologi
  2. Ahli Dietetik
  3. Ahli Entomologi (Kesihatan Awam)
  4. Ahli Fisioterapi
  5. Ahli Fizik Perubatan
  6. Ahli Pemakanan
  7. Ahli Psikologi Klinikal
  8. Ahli Radiografi Diagnostik
  9. Ahli Sains Makmal Perubatan
  10. Ahli Terapi Cara Kerja
  11. Ahli Terapi Pertuturan – Bahasa
  12. Ahli Terapi Radiasi
  13. Juruteknologi Makmal Perubatan
  14. Juruteknologi Pergigian
  15. Pegawai Kesihatan Persekitaran
  16. Pegawai Pendidikan Kesihatan [5]

Dengan penubuhan MPKBM, diharapkan dapat meningkatkan standard perkhidmatan dalam bidang kesihatan bersekutu serta melindungi kepentingan awam melalui pengawalan yang lebih ketat terhadap profesion ini.[6]

Pengiktirafan Kelayakan Akademik

Sijil kelayakan profesional yang ditawarkan oleh institusi yang tidak diiktiraf tidak akan diterima. Ini bermakna hanya kursus atau program yang mendapat pengiktirafan daripada MQA dan MPKBM sahaja boleh digunakan untuk tujuan pendaftaran sebagai pengamal kesihatan bersekutu.[7]

Institusi-institusi yang tidak diiktiraf juga dilarang menggunakan gelaran atau nama yang berkaitan dengan profesion kesihatan bersekutu dalam promosi kursus mereka. Ini bertujuan untuk melindungi integriti dan standard profesion kesihatan bersekutu.

Individu yang berhasrat untuk mengikuti program pengajian dalam bidang profesional ini disarankan untuk merujuk kepada MPKBM terlebih dahulu bagi memastikan bahawa sijil yang diperoleh adalah diiktiraf sebagai kelayakan pendaftaran. [8][1]

Lihat Juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.