Remove ads
bekas pihak berkuasa tempatan yang mentadbir seluruh daerah Seremban selain pusat bandar Seremban From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Perbandaran Nilai ialah bekas pihak berkuasa tempatan yang mentadbir seluruh daerah Seremban selain pusat bandar Seremban seperti Nilai, Pajam, Labu, Mantin, Lenggeng, Sungai Gadut, Pantai dan Rantau. Ia ditubuhkan pada tahun 2002 hasil penaiktarafan Majlis Daerah Seremban dan dibubarkan pada 2020 untuk digabungkan bagi membentuk Majlis Bandaraya Seremban.
Majlis Perbandaran Nilai | |
---|---|
Jenis | |
Jenis | |
Sejarah | |
Diasaskan | 2 Februari 2002 |
Dibubarkan | 1 Januari 2020 |
Didahului oleh | Majlis Daerah Seremban |
Diikuti oleh | Majlis Bandaraya Seremban |
sunting |
Ibu pejabat utama Majlis Perbandaran Nilai terletak di Bandar Baru Nilai berhampiran bandar Nilai.
Pada awalnya, ia dikenali sebagai Majlis Daerah Seremban yang ditubuhkan pada 1 Januari 1979 melalui penyusunan semula ke atas enam (6) Penguasa Tempatan di Negeri Sembilan menurut Seksyen 3(a) dan 3(b), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu
Majlis Perbandaran Nilai telah dinaiktaraf daripada Majlis Daerah Seremban dan majlis pengisytiharan kenaikan taraf tersebut telah dilaksanakan secara rasmi pada 2 Februari 2002. Majlis Perbandaran Nilai telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir lapan buah mukim yang terdapat di dalam Daerah Seremban. Mukim yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai ialah:
Antara mukim tersebut, lima (5) daripadanya adalah Mukim Utama iaitu Mukim Setul, Labu, Rantau, Lenggeng dan Pantai manakala tiga (3) mukim lagi adalah sebahagian sahaja yang mana ia telah dibahagi dengan Majlis Perbandaran Seremban iaitu sebahagian Rasah, sebahagian Ampangan dan sebahagian Seremban.
Majlis Perbandaran Nilai telah bergabung dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menjadi Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 1 Januari 2020.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.