From Wikipedia, the free encyclopedia
Manjakani atau majakani (nama saintifik: Quercus infectoria) adalah spesies pokok oak yang dikenali bertaburan asal di bahagian Eropah selatan (tanah Yunani dan Kepulauan Aegea Timur) dan Timur Tengah (Turki, dan Cyprus ke Israel/Palestin sampai ke Iran).[3]
Majakani Manjakani | |
---|---|
Ketulan "buah" puru pada dedaun pokok majakani | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Kelas: | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | Fagales |
Keluarga: | Fagaceae |
Genus: | |
Seksyen: | |
Spesies: | Quercus infectoria |
Nama binomial | |
Quercus infectoria Oliv. 1801 | |
Sinonim[1][2] | |
Senarai
|
Pokok ini dikenali menumbuhkan "buah" puru membengkak (galla) yang disebabkan tindak balas jangkitan suatu jenis tebuan (dalam genus Cynipidae) yang hinggap bertelur pada dahan-dahan muda pokok ini, lalu "buah" yang muncul ini tertumbuh untuk menutupi anak-anak tebuan yang menetas.[4][5] Ketulan puru-puru yang terbentuk ini secara tradisional digunakan selama berabad-abad di Asia untuk tujuan berubat, penyamakan kulit serta membuat pewarna dan dakwat.[6]
Buah manjakani mempunyai bahan-bahan kimia tanin sekitar 50-70% manakala selebihnya surihan sebatian lain seperti asid galat dan asid elagik.[7][8][9] Kandungan tanin dapat merencatkan perkembangan dinding sel kulat melalui penggabungan dengan prolin membentuk gumapalan yang tidak boleh pulih kepada bahan dan bentuk asalnya; keadaan ini memberi peluang kepada fenol dan saponin menguraikan dinding sel ini membasmi pelbagai jenis kulat[10] terutamanya pada Candida albicans.[11]
Manjakani juga mempunyai ciri antivirus,[12] antibakteria[13] dan antilarva.[14]
Kandungan taninnya menjadikan bahan ini didapatkan sebagai bahan menyamak kulit.
Serbuk hasil pemecahan buah manjakani boleh dijadikan usapan pada luka luaran serta luka dalaman wanita yang bersalin.[5] Ia juga merupakan bahan pelawas kerana kandungan serat yang tinggi.[5]
Masyarakat semenanjung Malaysia menggunakan buah manjakani sebagai ramuan utama dalam ubat minum oleh wanita selepas melahirkan untuk mengembalikan keanjalan dinding rahim.[15]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.