From Wikipedia, the free encyclopedia
Maharaja Itoku (懿徳天皇 , Itoku-tennō); juga dikenali sebagai Ooyamatohikosukitomo no Mikoto merupakan Maharaja Jepun keempat[2] mengikut susunan tradisi perwarisan.[3]
Itoku | |
---|---|
Maharaja Jepun | |
Pemerintahan | 510 SM – 477 SM (tradisional)[1] |
Keputeraan | 553 SM |
Mangkat | 477 SM (76 tahun) |
Dimakamkan | Unebi-yama no minami no Masago no tani no e no Misasagi (Nara) |
Pendahulu | Maharaja Annei |
Pengganti | Maharaja Kōshō |
Tiada tarikh yang tepat untuk kehidupan maharaja ini, tetapi kebiasaanya dianggap memerintah dari 510 SM-476SM.[4]
Para sarjana moden mempersoalkan tentang kewujudan sekurang-kurangnya sembilan maharaja terawal. Keturunan Maharaja Itoku, iaitu Maharaja Sujin merupakan maharaja pertama yang diakui kewujudannya.[5] Nama Itoku-tennō diberikan kepada beliau sebagai nama manumerta atau nama selepas kematian oleh generasi kemudian.[6]
Maharaja Itoku dianggap oleh ahli sejarawan sebagai "maharaja lagenda" dan informasi tentang beliau amat sedikit. Terlalu sedikit bahan yang ada untuk kajian yang lebih lanjut.[7] Maharaja Kimmei (509?–571 M), iaitu maharaja ke 29,[8] merupakan maharaja pertama yang dapat disahkan tarikhnya oleh penulisan sejarah kontemporari. [9] Walaubagaimanapun, kebiasaannya nama dan tarikh maharaja-maharaja terawal yang tidak dapat dipastikan dianggap "tradisional" sehingga zaman pemerintahan Maharaja Kammu (737-806), maharaja ke 50 Dinasti Yamato.[10]
Hanya nama beliau dan susur galurnya sahaja direkodkan didalam Kojiki dan Nihonshoki. Beliau dipercayai anak lelaki kepada Maharaja Annei, ibunya ialah Nunasoko-Nakatsu-hime, cucu kepada Kotoshiro-Nushi-no-kami.[11] Orang Jepun menerima sejarah kewujudannya, dan tempat pemakaman atau Imperial misasagi beliau sekarang dalam proses senggaran. Walaubagaimanapun, tidak wujud sebarang rekod kontemporari yang memastikan bahawa beliau sebenarnya pernah memerintah. Beliau merupakan maharaja ketiga daripada lapan maharaja tanpa sebarang lagenda yang mempunyai kaitan dengan mereka, juga dikenali sebagai "Lapan Monarki tanpa Dokumen" (欠史八代, , Kesshi-hachidai).[12]
Jien merekodkan bahawa Maharaja Itoku merupakan anak kedua atau ketiga Maharaja Annei[13] tetapi, dokumen yang masih wujud tidak dapat menyatakan sebab anak sulung atau anak-anak yang lain diketepikan menjadi maharaja.[14] Beliau dianggap memerintah dari Istana Migario-no-miya di Karu yang mana ianya dikenali sebagai Wilayah Yamato.[13]
Nama postumus beliau secara terjemahannya bermaksud "baik hati sifat baik" atau dalam Bahasa Inggeris "benign virtue". Namanya tidak dapat dipertikaikan bahawa identifikasi ini seperti ini berbentuk China dan mempunyai implikasi Buddha, dimana nama tersebut telah diusul atau dibuat supaya teratur beberapa abad selepas kehidupan Maharaja Itoku, kemungkinan besar semasa zaman di mana lagenda tentang asal-usul Dinasti Yamato dikumpulkan menjadi rekod peristiwa yang dikenali sebagai Kojiki.[12]
Tempat sebenar makam Maharaja Itoku masih belum dapat dikenalpasti.[2] Maharaja ini dimuliakan di makam memorial Shinto (misasagi) di Nara.
Agensi Kerabat Diraja Imperial menamai lokasi ini sebagai makam Maharaja Annei. Secara rasminya, tempat ini dikenali sebagai Unebi-yama no minami no Masago no tani no e no misasagi.[15]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.