From Wikipedia, the free encyclopedia
Magatama (勾玉 , atau 曲玉 ) ialah suatu manik berbentuk tanda koma yang ditukang sejak zaman prasejarah Jepun, iaitu dari zaman Jōmon akhir ke zaman Kofun, kira-kira 1000 SM ke abad ke-6 Masihi.[1] Manik-manik ini diperbuat daripada batuan primitif dan bahan-bahan tertanam pada awalnya, tetapi lama-kelamaan, pada akhir zaman Kofun, rata-rata semua magatama diperbuat daripada jed. Magatama pada asalnya digunakan sebagai barangan kemas, tetapi kemudian digunakan sebagai bahan upacara serta keagamaan pada zaman Kofun.[2] Bukti-bukti arkeologi mencadangkan bahawa magatama dihasilkan di tempat-tempat khusus di Jepun lalu disebarkan kepada masyarakat seluruh kepulauan Jepun melalui laluan-laluan perdagangan.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.