Lukanisman Awang Sauni
From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Berhormat Dato' Lukanisman bin Awang Sauni (lahir 1 Februari 1982) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Bumiputera Sarawak. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan Ahli Parlimen Sibuti.
Lukanisman bin Awang Sauni PSBS (Sarawak) | |
---|---|
Timbalan Menteri Kesihatan | |
Menyandang jawatan 10 Disember 2022 | |
Raja | Sultan Ibrahim (31 Januari 2024-kini) Al-Sultan Abdullah (-31 Januari 2024) |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Dzulkefly Ahmad (Disember 2023-kini) Zaliha Mustafa (Disember 2022-Disember 2023) |
Didahului oleh | Noor Azmi Ghazali Aaron Ago Dagang |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Sibuti, Sarawak | |
Menyandang jawatan 16 Julai 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 11,745 (PRU-15) 3,676 (PRU-14) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Dagang, Miri, Sarawak, Malaysia | 1 Februari 1982
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | PBB |
Gabungan politik lain | BN (-2018) GPS (2018-) |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Beliau dilahirkan di Miri dan berketurunan kacukan Melanau dan Cina.[1] Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya.[1] Beliau pernah bekerja di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebelum menyertai politik.[1][2][3]
Beliau bertanding untuk kawasan parlimen Sibuti pada pilihan raya 2018, di mana beliau menewaskan 2 calon pembangkang iaitu Jemat Panjang dan Zulaihi Bakar, dengan majoriti 3,676 undi.[4] Sebagai Ahli Parlimen dari Sarawak, beliau gigih berusaha untuk menjadikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.[1][2][3] Beliau juga seorang ahli Kaukus Belia Parlimen di Dewan Rakyat.[1][2]
Anugerah
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.