Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ludwig August Theodor Beck (29 Jun 1880 – 21 Julai 1944) adalah seorang Kolonel Jeneral Jerman dan Ketua Staf Am Jerman semasa awal tahun rejim Nazi di Jerman sebelum Perang Dunia II. Ludwig Beck tidak pernah menjadi ahli Parti Nazi, walaupun pada awal tahun 1930an beliau menyokong Adolf Hitler mengingkari Persetiaan Versailles dan percaya dengan keperluan untuk mempersenjatai semula Jerman. Beck telah menimbulkan rasa tidak puas hati mengenai tuntutan Nazi agar semua pegawai tentera Jerman mengangkat sumpah taat setia kepada Hitler seorang pada tahun 1934, namun beliau percaya bahawa Jerman memerlukan kerajaan yang kuat dan Hitler dapat melaksanakannya dengan jaya selagi beliau dipengaruhi oleh unsur-unsur tradisi didalam angkatan tentera dan bukannya dari SA atau SS.
Ludwig Beck | |
---|---|
Ketua Staf Am Markas Besar Tentera Darat Jerman | |
Dalam jawatan 1 Julai 1935 – 31 Ogos 1938 | |
Canselor | Adolf Hitler |
Ketua | Werner von Fritsch sebagai Panglima Besar Tentera Darat |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Franz Halder |
Ketua Pejabat Trup | |
Dalam jawatan 1 Oktober 1933 – 1 Julai 1935 | |
Presiden | Paul von Hindenburg |
Canselor | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Wilhelm Adam |
Digantikan oleh | Diri sendiri sebagai Ketua Staf Am OKH |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ludwig August Theodor Beck 29 Jun 1880 Biebrich, Hesse-Nassau, Kerajaan Prusia, Empayar Jerman |
Mati | 20 Julai 1944 64) Berlin, Negeri Bebas Prusia, Jerman Nazi | (umur
Pasangan | Amelie Pagenstecher (k. 1916; m. 1917) |
Pasangan Serumah | Amalie Christine Auguste Luise Pagenstecher |
Anak | Gertrud Beck |
Ibu bapa | Ludwig Beck Bertha Draudt |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan |
|
Cabang/khidmat | Tentera Darat |
Tahun khidmat | 1898–1938 |
Pangkat | Generaloberst |
Perang/Pertempuran | |
Dalam perkhidmatannya sebagai Ketua Staf Am Tentera Darat Jerman antara tahun 1935 dan 1938, Beck menjadi semakin kecewa, pendiriannya bertentangan dengan kediktatoran rejim Nazi dan dasar luar Hitler yang agresif. Ini disebabkan oleh perbezaan dasar luar terbuka dengan Hitler yang menyebabkan Beck meletakkan jawatan selaku Ketua Staf Am pada Ogos 1938. Dari sini, Beck mempercayai bahawa Hitler tidak boleh dipengaruhi dengan baik, dan kedua-dua Hitler dan parti Nazi perlu disingkirkan dari kerajaan. Beliau menjadi pemimpin utama dalam konspirasi terhadap Hitler, dan akan menjadi ketua negara sementara jika plot 20 Julai berjaya, tetapi apabila plot itu gagal, Beck telah ditangkap. Di khabarkan beliau membuat satu percubaan membunuh diri yang gagal, dan kemudian ditembak mati.
Page Modul:Sister project links/bar/styles.css has no content.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.