Luddite
From Wikipedia, the free encyclopedia
Luddite adalah kelompok rahsia[1] pekerja atau penenun kain Inggeris dari abad ke-19 (terutama antara tahun 1811 hingga 1816) yang menentang pemesatan teknologi yang menjimat penggunaan tenaga kerja akibat kesan mesin-mesin penenun yang diperkenalkan pada masa Revolusi Industri terhadap lapangan kerja mereka.

Nama pergerakan ini diduga berasal dari Ned Ludd, seorang penenun di Anstey dekat Leicester, beliau disebutkan dalam laporan akhbar The Nottingham Review pada 20 Disember 1811 (yang tidak dapat disahihkan sendiri) di mana beliau dikatakan telah menghancurkan dua buah jentera ukik melepas geram sama ada dihukum sebat kerana lalai bekerja[2] mahupun diasak orang muda sekampung[3] pada 2 tahun sebelumnya.[4][5] Berita kejadian ini tersebar sehinggakan tindakannya kerap ditiru orang sefahaman dan Ned menjadi tudingan selorohan pekerja sezaman itu.[4][5] Ada juga yang berpedapat keberadaan Ned itu sendiri ciptaan para pemberontak untuk mencabar pihak berkuasa.[6][7][8]
Pergerakan kelompok ini mula di Nottingham merebak senegeri 1811 ke 1816.[9] Pihak pengilang dan polis segera bertindak menembak pekerja yang menunjuk perasaan. Langkah besar pertama mula dikenakan kerajaan British terhadap pemberontakan ini dengan suatu pembicaraan tunjukan terhadap 60 orang penunjuk rasa di York pada Januari 1813 berikutan pemusnahan kilang-kilang kain Cartwright. Banyak pembicaraan sebegini turut menyabitkan hukuman bunuh mati atau dibuang negeri yang akhirnya segera menghapuskan pergerakan ini.[10][11] Tindakan merosakkan jentera ukik dengan sengajanya terangkum dalam jenayah berat melalui pelulusan Akta Perosakan Bingkai Ukik, dsb (Destruction of Stocking Frames, etc. Act) 1812.[12]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.