From Wikipedia, the free encyclopedia
Louis XVIII (Louis Stanislas Xavier de France; 17 November 1755 – 16 September 1824) adalah Raja Perancis dan Navarre bermula pada tahun 1814 sehingga 1824, diturunkan Seratus Hari pada tahun 1815. Louis XVIII menghabiskan 23 tahun dalam buangan dari tahun 1791 sehingga 1814 akibat Revolusi Perancis, dan berada dalam buangan sekali lagi selama 100 hari pada tahun 1815 apabila Napoleon Bonaparte pulang dari Elba. Baginda mendiami beberapa tempat dalam buangan termasuk Prusia, United Kingdom dan Rusia.[1]
Louis XVIII | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja Perancis dan Navarre | |||||
Pemerintahan | De jure 8 Jun 1795 – 16 September 1824 De facto 11 April 1814 – 20 Mac 1815; kemudian 8 Julai 1815 – 16 September 1824 | ||||
Kemahkotaan | Tiada | ||||
Didahului oleh | Napoleon I dari Perancis De facto dan mengikut undang-undang sebelumnya adalah Maharaja Perancis. Penganti yang sah adalah Louis XVII | ||||
Diikuti oleh | Charles X | ||||
Pemakaman | Basilika St Denis, Perancis | ||||
Pasangan | Puteri Marie Josephine Louise dari Savoy | ||||
| |||||
Kerabat | Kerabat Bourbon | ||||
Ayahanda | Louis, Dauphin Perancis | ||||
Bonda | Puteri Maria Josepha dari Saxony |
Republik Perancis telah menghapuskan keberajaan dan menurunkan Raja Louis XVI daripada takhta pada 21 September 1792.[2] Meskipun keberajaan dimansuhkan, Louis XVIII telah mengantikan anak saudara baginda, Louis XVII sebagai Raja titular setelah kemangkatan penjawat terdahulu dalam tahanan penjara pada Jun 1795.[3]
Selama 23 tahun, revolusi dan perang telah mengasingkan keturunan Bourbon daripada takhta Perancis sehingga tahun 1814, apabila tentera gabungan telah menawan Paris dari Napoleon Bonaparte. Louis XVIII telah dimahkotakan semula di mana beliau dan para setiaraja menganggap hak tempat beliau. Louis XVIII memerintah sebagai Raja bagi tempoh kurang sedikit sedekad, dalam tempoh yang dikenali sebagai Zaman Pengembalian Semula Bourbon. Pengembalian Semula Bourbon adalah sebuah sistem raja berperlembagaan (tidak seperti Ancien Régime, di mana ia adalah raja mutlak). Sebagai sebuah kerajaan raja berpelembagaan, tanggungjawab diraja Louis XVIII telah dikurangkan dengan besar oleh pelembagaan baru Perancis iaitu Piagam 1814.
Louis tidak memiliki putera sendiri; oleh itu mahkota diserahkan kepada adindanya, Charles, comte Artois.[4] Baginda merupakan raja Perancis terakhir yang meninggal dunia semasa masih memerintah.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.