Loh bak

makanan digoreng rendam dan mempunyai tekstur yang rangup From Wikipedia, the free encyclopedia

Loh bak

Loh bak (Bahasa Cina: 五香滷肉; Pe̍h-ōe-jī: ngó͘-hiong-ló͘-bah) atau ngo hiang (Bahasa Cina: 五香; Pe̍h-ōe-jī: ngó͘-hiang) juga gulungan lima rempah adalah sebuah masakan unik Hokkien dan Teochew yang dapat dijumpai di Malaysia (terutamanya di Pulau Pinang),[2] Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand juga tempat asalnya di negara China. Ia sangat digemari ketika sambutan Tahun Baru Cina.[3]

Fakta Segera Loh bak 五香卤肉, Nama alternatif ...
Loh bak
五香卤肉
Thumb
Loh bak goreng di Pulau Pinang
Nama alternatifLobak (Malaysia), lor bak (Malaysia, Singapura, Indonesia), heh gerng, ngo hiang (China) dan que-kiam, kikiam, kikyam, kekiam, ngohiong (Filipina).[1]
JenisMakanan, hidangan 
Tempat asal Republik Rakyat China
Kawasan/rantauChina, Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina
Bahan utamaPancarempah, tofu skin 
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup
Fakta Segera Tulisan Cina Tradisional, Tulisan Cina Ringkas ...
Tutup

Penyediaan

Ia terdiri daripada lima rempah, pelbagai daging seperti daging ayam, daging lembu, daging babi ataupun hasil laut, hirisan sayur-sayuran dan bahan-bahan lainnya. Ianya seperti roti sosej yang terdiri daripada daging cincang yang dirempahkan dengan serbuk lima rempah atau pancarempah dann digulungkan ke kulit tofu dan digoreng rendam sampai rangup dan dimakan bersama sosej cina, potongan timun dan lain-lainnya.[4] Biasanya disajikan dengan sos cili yang pedas mahupun yang manis ataupun dengan sambal.[5]

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.