From Wikipedia, the free encyclopedia
LoanDepot Park (secara rasminya ia digayakan sebagai loanDepot park, dan dinamakan sebagai Marlins Park sehingga 2021) ialah stadium berbumbung yang terletak di Miami, Florida, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan Major League Baseball, Miami Marlins.[14] Pembinaan stadium ini telah siap sepenuhnya pada Mac 2012 untuk menghadapi musim 2012.
Fail:LoanDepot Park logo.svg | |
Nama silam | Marlins Park (2012–2020) |
---|---|
Alamat | 501 Marlins Way |
Lokasi | Miami, Florida, Amerika Syarikat |
Pemilik | Miami-Dade County |
Pentadbir | Miami Marlins LP |
Kapasiti | 36,742 37,442 (bersama ruang berdiri)[1] 34,000 (bola sepak Amerika)[2] |
Rekod kehadiran | 37,446 (11 Mac 2017, World Baseball Classic. AS vs Rep. Dom.)[3] |
Saiz Padang | Garisan padang kiri – 344 ka (105 m) Pusat-kiri – 386 ka (118 m) Pusat padang – 400 ka (120 m) Pusat-kanan – 387 ka (118 m) Garisan padang kanan – 335 ka (102 m) Backstop: – 47 ka (14.3 m) |
Keluasan | 928,000 ka2 (86,200 m2) |
Permukaan |
|
Pembinaan | |
Pecah tanah | 1 Julai 2009 (Persiapan pembinaan) 18 Julai 2009 (Upacara pembukaan)[5] |
Dibuka | 5 Mac 2012 (Aksi besbol sekolah tinggi) 6 Mac 2012 (perlawanan persahabatan) 1 April 2012 (latihan musim bunga) 4 April 2012 (aksi musim) |
Kos pembinaan | AS$634 juta[6] ($634 juta in 2016 dollars[7]) |
Arkitek | Populous[8] |
Pengurus projek | International Facilities Group[9] |
Jurutera struktur | Bliss & Nyitray, Inc (bola gelek dan trek) Walter P Moore (bumbung) |
Perkhidmatan jurutera | M-E Engineers, Inc.[10] |
Kontraktor am | Hunt/Moss Joint Venture |
Kontraktor utama | MARS Contractors Inc.[11] John J. Kirlin, LLC.[12] Structal – Heavy Steel Construction, A division of Canam Group (bumbung)[13] |
Tuan rumah | |
Miami Marlins (MLB) (2012–kini) Miami Beach Bowl (NCAA) (2014–2016) |
LoanDepot Park telah diiktiraf oleh LEED sebagai stadium terhijau MLB pada tahun 2012.[15] Stadium ini juga merupakan stadium MLB keenam yang mempunyai bumbung boleh laras. Dengan kapasiti sebanyak 37,442,[16] ia menjadi stadium ketiga terkecil di MLB dari segi kapasiti rasmi dan stadium paling kecil di MLB jika dikira dari segi kapasiti sebenar.
Fasiliti stadium ini pernah melangsungkan kejohanan World Baseball Classic pada tahun 2013 dan 2017, Perlawanan All-Star Major League Baseball 2017 dan perlawanan akhir World Baseball Classic 2023. Stadium juga mengacarakan perlawanan bola sepak dan acara lain semasa musim sejuk. Ia juga pernah menjadi tuan rumah Miami Beach Bowl dari 2014 sehingga 2016.
Stadium ini memiliki reka bentuk neomoden besbol.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.