Joan Lin

pelakon Taiwan From Wikipedia, the free encyclopedia

Datin Joan Lin Feng-jiao (lahir 30 Jun 1952) ialah seorang bekas pelakon Taiwan. Beliau merupakan isteri kepada artis seni bela diri Jackie Chan.

Fakta Segera Yang Berbahagia Datin Joan Lin, Kelahiran ...
林鳳嬌
Kelahiran (1952-06-30) 30 Jun 1952 (umur 72)
Taipei, Taiwan
WarganegaraTaiwan
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1972–1982
PasanganJackie Chan (k. 1982)
Anak-anakJaycee Chan
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional林鳳嬌
Tulisan Cina Ringkas林凤娇
Tutup

Kehidupan awal

Dilahirkan pada 30 Jun 1952 di Taipei, Taiwan, Lin ialah anak kedua daripada lima beradik. Beliau berhenti dari sekolah pada umur 12 tahun kerana faktor kemiskinan keluarganya.

Kerjaya

Pada 1972, di usia 20 tahun, Lin membintangi filem pertamanya, The Hero of Chiu Chow [zh] (juga dikenali sebagai Hero of Waterfront), sebuah filem Kung Fu. Ramai filemnya didasarkan pada novel Chiung Yao.

Lin, bersama-sama dengan Charlie Chin dan Chin Han serta Brigitte Lin, merupakan nama-nama terbesar dalam industri pawagam Taiwan dan Hong Kong pada zaman 1970-an. Dikenali sebagai "Dua Chib, Dua Lin" (二秦二林) oleh media, mereka terkenal kerana membintangi beberapa filem box-office meletup, yang kebanyakannya adalah adaptasi dari novel Chiung Yao.[1]

Pada 1979, beliau memenangi gelaran Pelakon Wanita Utama Terbaik pada Anugerah Golden Horse ke-16 untuk persembahannya dalam The Story of a Small Town.[2] Semasa kerjaya dalam tempoh 10 tahun, Lin muncul dalam lebih daripada 70 filem.

Kehidupan peribadi

Joan Lin bertemu pelakon Hong Kong Jackie Chan pada Januari 1981 dan mereka diam-diam berkahwin di Kuala Lumpur pada 1982. Anak tunggal mereka, Jaycee Chan, dilahirkan pada hari itu selepas mereka berkahwin. Lin sudah bersara dari industri filem.

Filemografi

Filem terpilih

  • The Hero of Chiu Chow (1972)
  • Chao Zhou nu han (1973)
  • The Lone Hero (1973)
  • Chinese Dragon (1973)
  • The Hero of Chiu Chow (1973)
  • The Two Tigers (1973)
  • Da meng long (1973)
  • Da sha san fang (1973)
  • Coffee, Wine, Lemonade (1974)
  • Chinese Kung Fu (1974)
  • The Kung Fu Revenger (1974)
  • First Come, First Love (1974)
  • Love in the Spring (1974)
  • The Guy!! The Guy (1974)
  • The Furious Monk from Shaolin (1974)
  • Shaolin Vengeance (1974)
  • XXX (1974)
  • Jin shui lou tai (1974)
  • Feng yun qun ying (1974)
  • Wang yang Zhong de yi tiao (1978)
  • The Story of a Small Town (1979)

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
TahunAnugerahKategoriKarya dicalonkanKeputusan
1978Anugerah Golden Horse ke-15Pelakon Wanita Utama Terbaik He Never Gives UpTercalon
1979Anugerah Golden Horse ke-16Pelakon Wanita Utama TerbaikThe Story of a Small TownMenang
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.