Letupan gelungan bersuara

From Wikipedia, the free encyclopedia

Letupan gelungan bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɖ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan d` dalam X-SAMPA. Seperti semua konsonan gelungan yang lain, aksara IPA-nya terbentuk dengan membubuh cangkuk yang menghala ke kanan di bawah aksara yang digunakan untuk konsonan gusi yang berpadanan, iaitu aksara d yang tertumbuh cangkuk yang menghala ke kanan di bawah batang panjangnya.

Fakta Segera Nombor AFA, Pengekodan ...
Nombor AFA106
Pengekodan
X-SAMPAd`
Imej
Sampel audio
noicon
Tutup

Ciri-ciri

Ciri-ciri letupan gelungan bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah letupan atau hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
  • Daerah artikulasinya adalah gelungan, iaitu disebut dengan hujung lidah digelungkan ke atas.
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.