From Wikipedia, the free encyclopedia
Lemak ikan paus (atau bluber) terkumpul dalam lapisan tisu vaskular tebal bawah kulit haiwan yang sering diburu untuk kegunaan tertentu.
Lemak jenis ini kaya dengan lipid serta diikat serat kolagen membentuk hipodermis[1] yang meliputi seluruh badan haiwan kecuali sirip dan ekor. Ia berhubung kuat pada otot tulang oleh jaringan tendon dan ligamen berbentuk kipas yang sangat teratur. Sambungan-sambungan ini boleh mencecah hingga 50% jisim badan beberapa mamalia laut dan diukur dari senipis 5 sm hingga setebal 30 sm pada spesies beberapa paus yang lebih besar. Ia mempunyai kandungan air dan lipid bernisbah tertentu yang saling mengimbangi iaitu air berfungsi untuk mengurangkan daya tebat haba sambil lipid bertindak sebaliknya.[2]
Daya tebatan haba dalam lemak ini sangat ideal ketika mamalia-mamalia ini menyelam dalam lautan dalam dan ia tidak termampat di bawah tekanan, haiwan dengan bluber seperti ikan paus dapat bertahan pada suhu serendah 4°C.[3] Suhu air sejuk yang menyempitkan saluran darah melitupi bluber ini mampu meningkatkan daya tebat lemak,[4] keadaan ini dilihat lebih ideal berbanding daya tebat bulu yang hanya mampu bergantung kepada kemampuan memerangkap ruang udara yang boleh terlepas semasa menyelam.
Ikan-ikan paus sering diburu untuk mendapatkan lemak ini sebagai sumber minyak yang digunakan sebagai bahan bakar ataupun pembuatan lilin, sabun, perawatan kulit haiwan dan kosmetik. Seekor paus biru tunggal dapat menghasilkan sehingga 50 tan lemak yang diperlukan ini.
Haiwan laut bukan ikan lain seperti dolfin dan lelumba, anjing laut, penguin serta "lembu laut" turut menjadi pilihan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.