From Wikipedia, the free encyclopedia
Lee Edward Unkrich (lahir 8 Ogos 1967) merupakan seorang pengarah, penyunting, penulis skrip, dan animator Amerika Syarikat. Beliau merupakan ahli pasukan kreatif Pixar yang paling lama berkhidmat, di mana beliau bermula pada 1994 sebagai penyunting filem. Beliau kemudiannya mula mengarah, kemudian menjadi pengarah bersama Toy Story 2.
Lee Unkrich | |
---|---|
Kelahiran | Lee Edward Unkrich 8 Ogos 1967 Cleveland, Ohio, A.S. |
Pusat pendidikan | Universiti California Selatan |
Pekerjaan | Pengarah, penyunting, penulis skrip, animator |
Tahun aktif | 1990–kini |
Terkenal kerana | Toy Story 2 Toy Story 3 Coco |
Pasangan | Laura Century |
Anak-anak | 3 |
Selepas menjadi pengarah bersama Monsters, Inc. dan Finding Nemo, Unkrich menduduki kerusi pengarah secara solo menerusi Toy Story 3 pada 2010, dan mengarahkan Coco pada 2017, kedua-duanya memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Animasi Terbaik.
Unkrich dibesarkan di Chagrin Falls, Ohio. Beliau menghabiskan zaman mudanya beraksi di The Play House Cleveland. Unkrich lulus dari Sekolah Seni Sinematik Universiti California Selatan pada tahun 1990.
Unkrich merupakan Naib Presiden Editorial dan Reka Letak di Pixar. Sebelum menyertai Pixar pada tahun 1994, Unkrich bekerja selama beberapa tahun di televisyen sebagai penyunting dan pengarah. Beliau merupakan penerima Anugerah Alumni Cemerlang Mary Pickford Universiti California 2011 yang mengiktiraf sumbangan alumni kepada seni sinematik
Unkrich berkahwin dengan Laura Century dan dikurniakan tiga anak: Hannah, Alice, dan Max.[1]
Ibunya berasal dari keluarga Yahudi dan bapanya memeluk agama Yahudi.[2][3][4][5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.