From Wikipedia, the free encyclopedia
Layar sepit ketam atau juga dikenal sebagai, layar latin Oseania atau layar sokong Oseania, ialah layar segi tiga dengan spar di sepanjang tepi atas dan bawah. Layar sepit ketam digunakan dalam banyak kebudayaan tradisional Austronesia, dan boleh dilihat pada paraw, proa, lakana dan tepukei.
Orang Austronesia secara tradisi membuat layar mereka, termasuk layar sepit ketam, daripada tikar anyaman yang kuat dan tahan garam yang diperbuat daripada daun pandan. Layar ini membolehkan orang Austronesia memulakan pelayaran jarak jauh. Dalam sesetengah hal, walau bagaimanapun, ia perjalanan satu arah. Kegagalan pandan untuk membentuk populasi di Rapa Nui dan Aotearoa dipercayai telah mengasingkan kampung mereka dari rantau Polinesia yang lain.[2][3]
Kontak awal dengan perahu Arab di Lautan Hindi semasa pelayaran Austronesia diyakini telah menghasilkan perkembangan layar latin segi tiga Arab. Pada gilirannya, kapal-kapal Arab diyakini mempengaruhi pembangunan layar persegi panjang Austronesia (layar tanja) dari Asia Tenggara.[4] Terdapat juga ahli sejarah yang tidak setuju dengan ini. Johnstone, Shaffer, dan Hourani menganggap layar tanja sebagai ciptaan asli orang-orang Nusantara, yang seterusnya mempengaruhi orang-orang Arab untuk membina layar latin dan orang Polinesia untuk membina layar sepit ketam.[5][6][7]
Di Indonesia, layar sepit ketam muncul sebagai perkembangan baru. Secara tradisional orang-orang dari kepulauan Nusantara menggunakan layar tanja, tetapi bermula pada abad ke-19 orang-orang Madura mengembangkan layar lete. Lete sebenarnya berarti "latin", tetapi keberadaan pekaki (tiang sokong layar bawah) menunjukkan bahawa layar lete adalah layar sepit ketam.[8]:82-85[9]:28-29[10]:88-89
Layar sepit ketam terdiri daripada sebuah layar, bentuknya mirip segi tiga sama kaki. Sisi yang sama panjang ini biasanya lebih panjang daripada sisi ketiga, dengan spar di sepanjang sisi yang panjang.
Layar sepit ketam juga secara tradisi boleh dibina dengan spar melengkung, memberikan tepi layar di sepanjang sparnya bentuk yang cembung, sedangkan bahagian leech layar selalunya agak cekung untuk memastikan tepi belakangnya kaku. Ciri-ciri ini memberikan bentuk khas seperti sepit. Layar sepit ketam moden umumnya memiliki spar yang lebih lurus dan leech yang tidak terlalu cembung, yang memberikan lebih banyak kawasan layar untuk panjang spar tertentu. Spar mungkin meruncing ke arah leech. Struktur ini membantu layar untuk mengatasi tiupan angin.
Sepit ketamnya melebar ke atas secara khas, menempatkan lebih banyak kawasan layar lebih tinggi di atas lautan, di mana angin lebih kuat dan tenang. Ini meningkatkan momen pengganggu: layarnya cenderung mendorong kapal ke sisi. Oleh sebab itu, layar ini biasanya digunakan pada badan kapal majmuk, yang lebih kuat menahan miring.
Layarnya ditolak; haluannya menjadi buritan dan sebaliknya. Dengan itu, kapal sentiasa memiliki lunjuran ama (dan tali samping, jika ada) di sebelah angin, dan tidak memiliki pal yang buruk, bergerak sama baik dalam kedua-dua arah.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.