From Wikipedia, the free encyclopedia
Aotearoa (IPA: [aɔˈtɛaɾɔa], Jawi: اءوتياروا) adalah nama lain bagi negara New Zealand. Nama ini berasal dari bahasa Māori menggabungkan ao 'awan', 'hari', tea 'putih', 'terang' dan roa 'panjang' sekaligus membawa maksud paling popular iaitu "Awan Putih Panjang".[1] Ia pada asalnya diberi kepada Pulau Utara sejak kurun ke-20;[2] masyarakat Māori moden melanjutkan gelaran tersebut kepada seluruh kepulauan New Zealand. Nama ini juga biasa digunakan dalam bahasa Inggeris New Zealand kadangkala digandingkan dengan nama Inggerisnya yang lain sebagai "Aotearoa New Zealand".[3]
Pada 14 September 2021, Parti Māori memulakan petisyen untuk mengubahkan nama negara dari New Zealand ke Aotearoa.[4] Petisyen tersebut mencapai lebih daripada 51,000 tandatangan dalam 2 hari.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.