Larut Utara (kawasan persekutuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Larut Utara ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Malaysia.[1] Ia telah diwakili oleh Dewan Rakyat pada tahun 1959 sehinggalah tahun 1974. Kawasan persekutuan ini mengandungi dua buah kawasan pilihan raya negeri iaitu Larut dan Selama.[1]

Fakta Segera Kawasan pilihan raya Perak, Kawasan parlimen yang tidak berfungsi ...
Larut Utara
Kawasan pilihan raya  Perak
Kawasan parlimen yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Rakyat
Kawasan pilihan raya diwujudkan1958
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1974
Kali pertama dipertandingkan1959
Kali terakhir dipertandingkan1969
Tutup

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu. Sejak 1969, ahli parlimen untuk kawasan Larut Utara ialah Tajudin Ali dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), yang juga merupakan sebahagian parti gabungan Parti Perikatan.[1]

Sejarah

Kawasan Larut Utara terletak di utara negeri Perak yang juga bersempadan dengan negeri Pulau Pinang.[1] Ia diciptakan dari Larut-Matang. Walaubagaimanapun, kawasan Larut Utara telah dihapuskan pada tahun 1974 dan kini ia telah digantikan dengan Larut. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan iaitu pertama kali dipertandingkan pada 19 Ogos 1959.[2] Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1959, sebanyak dua calon telah bertanding di kerusi parlimen Larut Utara. Mereka ialah Tajudin Ali dari Parti Perikatan, dan Ibrahim Alla Ditta dari Persatuan Islam Se-Malaya/Tanah Melayu (kini Parti Islam Se-Malaysia). Tajudin telah menang dan telah menewaskan satu calon lain dengan mendapatkan undian sebanyak 16,830.[3]

Kawasan parlimen Larut Utara merangkumi Subdaerah Selama, dua mukim di Daerah Larut dan Matang, Batu Kurau, kawasan perkampungan Pondok Tanjong, Kamunting dan kawasan Museum di bahagian utara Jalan Swettenham di kawasan Majlis Perbandaran Taiping.[4]

Sejarah perwakilan

Maklumat lanjut Ahli Parlimen untuk Larut Utara, Parlimen ...
Ahli Parlimen untuk Larut Utara
Parlimen Tahun Ahli Parti Undian yang didapatkan Majoriti
Kawasan parlimen diciptakan dari Larut-Matang
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu
ke-1 1959-1963 Tajudin Ali Perikatan (UMNO) 16,830 11,713
Parlimen Malaysia
ke-1 1963-1964 Tajudin Ali Perikatan (UMNO) 16,830 11,713
ke-2 1964-1969 14,778 10,430
Parlimen digantung (1969-1971).[5][6]
ke-3 1971-1973 Tajudin Ali Perikatan (UMNO) 15,177 8,522
1973-1974 Barisan Nasional (UMNO)
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Larut
Tutup

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Parti, Calon ...
Pilihan raya umum Malaysia 1969
Parti Calon Undian %∆%
PerikatanTajudin Ali15,17769.52
PMIPRaja Danif Raja Shaharuddin6,65530.48
Jumlah undian sah 21,832 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 1,103
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 22,93572.43
Pemilih berdaftar 31,664
Majoriti 8,522
Perikatan kekal Peralihan
Tutup
Maklumat lanjut Parti, Calon ...
Pilihan raya umum Malaysia 1964
Parti Calon Undian %∆%
PerikatanTajudin Ali14,77872.19
PMIPAbdul Samad Noh4,34821.24
UDPLim Eng Keat1,3446.57
Jumlah undian sah 20,470 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 836
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 21,30678.79
Pemilih berdaftar 27,041
Majoriti 10,430
Perikatan kekal Peralihan
Sumber
Tutup
Maklumat lanjut Parti, Calon ...
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959
Parti Calon Undian %∆%
PerikatanTajudin Ali16,83076.68
PMIPIbrahim Alla Ditta5,11723.32
Jumlah undian sah 21,947 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 170
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 22,11788.95
Pemilih berdaftar 24,864
Majoriti 11,713
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.