From Wikipedia, the free encyclopedia
Cili (Jawi: چيلي), lada (Jawi: لادا), cabai (Jawi: چاباي) atau nama saintifiknya Capsicum spp. ialah sejenis sayuran berbuah daripada keluarga Solanaceae[3] terdiri daripada pelbagai spesies dan varieti tumbuhan yang mengeluarkan buah memberikan rasa pedas hasil kandungan kapsaisin[4] sehinggakan sangat diingini dalam masakan sebagai rempah.
Cili Cabai Lada | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Genus: | Capsicum |
Varieti and Kultivar | |
| |
Sinonim[2] | |
Synonymy
|
Ia dipercayai berasal dari penanaman baka liar di Mexico[5] dan Amerika Selatan.[6] Ia disebarkan meluas serata dunia selepas diperkenalkan para pelayar Eropah di Asia dan Eropah pada abad-abad ke-15 dan 16, di mana ia menjadi kegemaran banyak masyarakat sedunia terutamanya di kawasan beriklim tropika yang menerapkan dalam masakan dan perubatan setempat.[7][8]
Nama "cili" berasal dari nama setempat tumbuhan ini dalam bahasa Nahuatl iaitu chīlli.
Nama "lada" (turunan kata akar Proto-Austronesia *lajaq "memedihkan, memijar"[9]) merupakan asas kepada nama rempah lada hitam dan lada putih kerana rasa pedasnya, walaupun ia adalah spesis yang berlainan sama sekali. Nama ini juga sewarisan dengan kata serupa makna dalam bahasa-bahasa serumpun seperti lado dalam bahasa Minangkabau[10][11] (yang turut dilanjutkan dalam loghat Negeri Sembilan).
"Cabai" (atau "cabe"[10]) lebih digunakan di kawasan utara Semenanjung Melayu dan Riau dalam Indonesia. Nama ini pada asalnya dikaitkan khusus dengan suatu tumbuhan rempah lebih tepatnya bernama "cabya" yang mana ia mempunyai ciri rasa pedas yang boleh ditambahkan pada makanan setempat; catatan mengenai rempah ini ada tertulis dalam manuskrip Jawa sejak abad ke-10 Masihi.[12] Apabila tumbuhan chīlli yang diperkenalkan dari Dunia Baru ini menjadi disukai masyarakat serata Nusantara, maka nama "cabya" ini makin lama makin beralih kepada tumbuhan tersebut kerana kemiripan ia sambil "cabai jawa" disempitkan kegunaannya kepada fungsi khusus seperti membuat jamu.[12]
Buah rempah cili mula dikenali masyarakat Amerika purba sejak sekitar 7500 tahun sebelum Masihi. Ia merupakan tanaman tertua yang dihasilkan di benua-benua Amerika di mana bentuk liar tumbuhan-tumbuhan asal dipilih secara langsung;[6] penanaman terawal cili dapat ditemukan dari peninggalan di timur tengah Mexico 6,000 tahun dahulu.[13][14] Terdapat bukti juga tapak penemuan arkeologi yang terletak di barat daya Ecuador yang menjadikan cili sebagai makanan sejak 600 tahun lalu,[15][16] dan ia merupakan salah satu dari kawasan penanaman cili yang terpenting di benua Amerika pada ketika itu sebagai ladang cili.
Ia diperkenalkan ke benua Asia melalui para pedagang Portugis yang melihat ia sebagai bahan tukaran yang berbaloi daripada rasanya yang mirip lada hitam yang ada didagangkan seluruh rantau tersebut.[6][17][18] Cili dibawa ke tanah India pada kurun ke-15.[19]
Cili adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang bercabang berwarna hijau (buku batang berwarna hijau atau ungu bergantung kepada kultivar cili), dan daun berwarna hijau muda ke hijau tua dan berbentuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada kultivar).
Bunga cili berkelopak lima dengan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buah pula berbentuk tirus memanjang.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.