Kundur
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kundur, kundur cina, kundur jawa, beligu atau remigu (nama botani: Benincasa hispida)[2] ialah spesies pokok menjalar tunggal dalam genus Benincasa. Ia tumbuh asli di Asia Tenggara dan Asia Selatan.[3]
Kundur | |
---|---|
![]() | |
Buah kundur yang hampir masak | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | Cucurbitaceae |
Genus: | Benincasa Savi |
Spesies: | B. hispida |
Nama binomial | |
Benincasa hispida (Thunb.) Cogn. | |
Sinonim[1] | |
Senarai
|
Di India Utara, ia dipotong dadu dan disira untuk menghasilkan halwa yang jernih dan manis sering kali dengan perisa air mawar. Dalam bentuk ini ia tahan dan ditinkan dan dijual keseluruh dunia dalam bentuk ditinkan. Di India Selatan, ia boleh dimasak kari.
Peristilahan
Nama kundur (Jawi: كوندور) diturunkan daripada akar Melayu-Polinesia *kunduʀ.[4]
Nama beligu (Jawi: بليڬو) dipinjamkan daripada kata bahasa Jawa ꦧ꧀ꦭꦶꦒꦺꦴ bligo.[5]
Botani
Sulur paut pokok kundur tebal dan kasar. Daun-daunnya besar dengan ukuran 4–12 inci (10–30 cm) panjang.[3][6]

Bunga pokok kundur muncul pada awal musim bunga dari bulan Jun hingga bulan September. Kuntum-kuntum bunga kundur tumbuh dari ketiak daun dengan garis pusat 6 hingga 12 sm dan kelopak berwarna kuning.[2][7]
Buah
Putik buah kundur muda berbentuk bulat dengan ukuran 50–60 sm lebar dan 10–25 sm panjang dan kulit yang berbulu halus. Buah kundur yang masak menggugurkan bulu-bulunya[6][8] dan membentuk lapisan lilin yang mudah ditanggalkan.[2][9][8] Buah kundur mampu membesar sehingga sepanjang 1-2 meter.
Isi buahnya manis, ranggup dan berair. Ia mengandungi biji berwarna putih atau kuning.[6]
- Buah kundur muda dua minggu selepas berbunga
- Biji-biji kundur
Galeri
- Buah kundur. Diameter buluh adalah sekitar 2 sm.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.