Kumpulan Rock Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Kumpulan May ialah sebuah kumpulan rock yang ditubuhkan pada tahun 1982 di Malaysia[1] semenjak pertengahan dekad 1980-an. Kumpulan ini membawakan lagu-lagu rock berbahasa Melayu.
MAY | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | M.A.Y |
Berasal dari | Ipoh, Perak, Malaysia |
Genre | Rock, heavy metal, glam metal |
Pekerjaan | Penyanyi/Pemuzik |
Instrumen | Vokal/Band |
Tahun aktif | 1982–sekarang |
Syarikat rakaman | 1987–1990: Warnada 1991: Antares Muzik 1992–1994: Suria Records 1995–1998: BMG Music 2003–2008: Nova Music |
Pengkarya berkait | Sofea |
Ahli | Abu - gitar Yus - bass Naim(Melissa) - vokal Wak Yus - drum |
Bekas ahli | Mus - vokal Yantzen - vokal Oney - vokal AG - vokal Man - drum Kelvin Thein - vokal |
Kumpulan M.A.Y. ditubuhkan pada 1982 oleh tiga orang anak muda daripada Kampung Manjoi, Ipoh, Perak yang mengikuti langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan mereka iaitu 'M' bagi nama Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar; yang sebelum ini pemain gitar irama dan pengasas kumpulan Lefthanded 1979-1982) dan kemasukan Mus (Mustaffa Din) pada tahun 1986 . M.A.Y. mula menyertai pertandingan Battle of Rock peringkat negeri Perak pada tahun 1986 di mana mereka muncul sebagai juara. Kemudian kumpulan M.A.Y.menyertai pertandingan Battle of Rock Malaysia pada tahun yang sama. Dalam pertandingan Battle of Rock Malaysia 86 anjuran Lokman Junit dan Dewi Suhana Studio, Johor Bharu tersebut, kumpulan M.A.Y. muncul sebagai juara. Manakala penyanyi utama kumpulan M.A.Y., Mus telah muncul sebagai vokalis terbaik.
Selepas kejayaan pada pertandingan Battle of Rock 1986, kumpulan M.A.Y. telah muncul dalam satu album bersama empat lagi kumpulan rock dari siri pertandingan Battle of Rock. Album yang berjudul Juara-Juara Rock 1 tersebut menampilkan kumpulan M.A.Y., Burnmarks (Johor), D'Febians (Johor), Scandals (Kuala Lumpur) & Metalian (Selangor). Album yang diterbitkan pada Januari 1987 itu menampilkan 2 lagu dari setiap kumpulan. Selepas kejayaan album Juara-juara Rock 1, pihak syarikat rakaman Warnada telah menerbitkan album Juara-Juara Rock 2 pada bulan Mei 1987 dengan konsep yang sama. Album Juara-juara Rock 3 pula diterbitkan pada Disember 1987. Antara lagu-lagu popular dari album Juara-Juara Rock adalah Derita Bangsa, Sketsa Sebuah Cinta & Bayangan Hidup.
M.A.Y muncul dengan album penuh pertama pada penghujung tahun 1987 selepas kejayaan album Juara-Juara Rock 1, 2 & 3 pada tahun yang sama. Album pertama kumpulan M.A.Y diberi judul Dilema diterbitkan pada 1987. Semua lagu dalam album Dilema dicipta dan diolah sendiri oleh anggota kumpulan M.A.Y. Album tersebut diterbitkan oleh Raymond Lim di bawah penerbitan Syarikat Warnada. Antara lagu-lagu hits dari album tersebut adalah Sketsa Sebuah Cinta, Ku Dalam Dilema, Kau Masih Lena & Tiada Lagi Engkau. Album Dilema berjaya dijual melebihi 25,000 unit dan melayakkan kumpulan M.A.Y menerima Cakera Emas. M.A.Y. juga banyak menerima undangan pertunjukan pentas selepas kejayaan album Dilema.
Album kedua kumpulan M.A.Y., Hakikat menyusul pada Januari 1989. Album Hakikat diterbitkan oleh Thomas Ham di bawah Syarikat Warnada. Lagu-lagu dalam album tersebut kebanyakannya dicipta oleh anggota M.A.Y. sendiri. Antara lagu-lagu hits dari album Hakikat adalah Sendiri, Cintamu Mekar Dihatiku, Dalam Kembara & Cintaku Sewangi Kasihku. Album Hakikat berjaya dijual melebihi 200,000 unit dan melayakkan kumpulan M.A.Y. dianugerahkan Cakera Platinum Kembar Empat. Album Hakikat juga berjaya memasuki pasaran Indonesia dan memasuki peringkat akhir Juara Lagu 89 dan menjuarai beberapa carta lagu popular seperti Pujaan 10 Nescafe. Kumpulan M.A.Y. juga terlibat dengan konsert berskala besar seperti Konsert Kotaraya. Album ketiga M.A.Y., Rahsia diterbitkan pada Ogos 1990. Album yang menampilkan irama heavy metal itu mengandungi lagu-lagu hits seperti Gadis Bertudung Putih, Diari Cinta Pertama & Terukir Janji. Album yang diterbitkan oleh Thomas Ham tersebut menampilkan lagu-lagu ciptaan komposer lain seperti J.S. Kevin. Rahsia berjaya dijual melebihi 100,000 unit dan melayakkan M.A.Y. menerima cakera platinum berkembar dua.
Selepas album ketiga, Rahsia, M.A.Y. meninggalkan Syarikat Rakaman Warnada dan menyertai syarikat rakaman yang baru, Syarikat Muzik Antares. M.A.Y. menghasilkan album keempat berjudul Strategi bersama Music Antares pada tahun 1991. Album Strategi diterbitkan oleh M.A.Y. dan Adeeb Abdullah selaku penerbit eksekutif, manakala Nan (Saturnine) bertindak sebagai penolong penerbit. Lagu-lagu dari album Strategi antaranya Abadi, Empat Sudut Berdiri & Sendiri Untuk Kemana. Album Strategi kurang mendapat sambutan seperti album Hakikat & Rahsia.
Kumpulan M.A.Y berpecah selepas kegagalan album keempat mereka tersebut. Mus menubuhkan kumpulan Strangers bersama Nan (ex-Saturnine - guitar), Bad (ex-Handy Black - Bass) & Black (ex-Wings - drum). Kumpulan Strangers sempat menghasilkan sebuah album bertajuk Strangers pada tahun 1992. Lagu-lagu dari album Stangers seperti Satu Pengertian, Mahligai Impian & Bukit Sunyi. Album terbitan Warnada itu merupakan album pertama & terakhir Strangers sebelum berpecah.
Manakala anggota kumpulan M.A.Y. yang lain berjaya mendapatkan bekas vokalis Rusty Blade, saudara J Yantzen sebagai vokalis baru M.A.Y.
Bersama Yantzen, kumpulan M.A.Y. menghasilkan album Ziet Geist pada tahun 1992. Album terbitan syarikat rakaman SRC dengan Allahyarham Samad Mean (ex-guitarist Lefthanded) bertindak sebagai penerbit album itu menampilkan irama heavy metal. Album tersebut mengembalikan era kegemilangan kumpulan M.A.Y. Album tersebut mendapat sambutan hebat dan berjaya dijual melebihi 100,000 unit. Kumpulan M.A.Y. juga kembali mendapat undangan mengadakan konsert live di tapak pesta, ekspo & konsert bergerak. Lagu-lagu popular dari album Ziet Geist adalah Resah, Meniti Suratan & Renda.
Berikutan kejayaan album Ziet Geist, kumpulan M.A.Y. yang masih mengekalkan Yantzen sebagai penyanyi utama, muncul dengan album ke-6 mereka, Wira Cyborg pada tahun 1994. Album Wira Cyborg masih mengekalkan Samad Mean selaku penerbit dan diterbitkan oleh Syarikat Suria Record. Lagu-lagu popular dari album Wira Cyborg adalah Suci, Hasrat Cinta Dan Tuhan & Tiada Lagi Berseri.
Album Wira Cyborg turut mendapat sambutan baik dari peminat. Album tersebut berjaya dijual melebihi 100,000 unit. Selepas album Wira Cyborg, kumpulan M.A.Y. sempat merakamkan semula lagu-lagu popular mereka dari album terdahulu disamping lagu-lagu baru. Album yang diberi judul Layar dipasarkan oleh Suria Rekod pada tahun 1995, walaupun kumpulan M.A.Y. telah berhijrah ke Syarikat BMG pada ketika itu. Album Layar diterbitkan oleh saudara Samad Mean. Album Layar mengandungi lima lagu hits M.A.Y. yang dirakamkan semula dan dinyanyikan oleh Yantzen dan lima lagu baru yang belum dirakamkan seperti Layar, Membantah Kata, Dimana Harga Dirimu, Jauh Rasanya & Arca Kehidupan.
Pada tahun 1996 kumpulan M.A.Y. telah menghasilkan album studio ke tujuh mereka, Ideologi bersama Syarikat Rakaman BMG Music. Album yang diterbitkan oleh Samad Mean itu masih mengekalkan rentak hard rock di sulami dengan lagu slow rock. Antara lagu-lagu menarik dalam album Ideologi adalah Janji, Ikhlas, Trajis Impi & Cinta Tersia. Album Ideologi tidak mendapat sambutan sehebat album Ziet Geist dan Wira Cyborg walaupun dari segi kualiti lagu lebih baik dari album terdahulu.
Selepas album Ideologi, Yantzen telah mengundurkan diri dari kumpulan M.A.Y. Kumpulan M.A.Y. terpaksa menguji penyanyi baru untuk mengggantikan tempat Yantzen. Akhirnya bekas penyanyi kumpulan Lipanbara, Wan@One@Oney dipilih sebagai penyanyi utama M.A.Y dan mengekalkan populariti M.A.Y.
Bersama Oney, kumpulan M.A.Y telah menghasilkan sebuah album baru, Penaklukan pada tahun 1997. Album yang diterbitkan oleh saudara Salman Shariff itu mengandungi lagu hit Jemu. Pada tahun 1997 kumpulan M.A.Y. Album seterusnya Album Keras, bersama Oney merakamkan semula lagu-lagu 60-an yang diberi nafas rock disamping 2 lagu baru. Seterusnya Album Kompilasi 3M.A.Y, lagu² lama hits M.A.Y bersama 1 lagu duet Oney, Muss dan Yantzen.
Berbeza dengan kebanyakan kumpulan rock tempatan yang lain, May hanya mengalami pertukaran vokalis sebanyak dua kali sepanjang karier muzik mereka manakala keanggotaan pemuzik dalam kumpulan ini tidak pernah berubah. Namun, pada tahun 2021, Man selaku pemain dram membuat keputusan untuk keluar daripada kumpulan tersebut.
(1982 - sekarang)
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1993 | Penyu | (Penampilan Khas - MAY) |
2012 | Man Sewel Datang KL | (Penampilan Khas - MAY) |
Carta pujaan 10 Radio 1 Malaysia (kini Radio Klasik) | ||
---|---|---|
Tahun | Tajuk | Kedudukan |
(29Mac - 11Apr) 1993 | Meniti Suratan | 1 |
Anugerah Juara Lagu (AJL) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
1989 | Sendiri | M.A.Y | M.A.Y | Hard Rock, Heavy Metal | Tercalon |
2003 | Sinar | Mustaffa Din | Mustaffa Din | Hard Rock, Heavy Metal | Tercalon |
Anugerah Industri Muzik (AIM) | ||
---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan |
2004 | Album Hard Rock Terbaik
(Sinar) |
Menang |
2005 | Album Hard Rock Terbaik
(Otai Jamm!) |
Menang |
2006 | Album Hard Rock Terbaik
(Live & Unplugged at Planet 05) |
Menang |
*Pencalonan album Ideologi tersenarai dalam Top 5 di AIM 1996.
Anugerah Cakera Plantinum Berkembar Tiga | |
---|---|
Tahun | Keputusan |
album Rahsia terjual melebihi 160,000 unit di Malaysia. |
Anugerah Cakera Plantinum Berkembar Empat | |
---|---|
Tahun | Keputusan |
album Hakikat terjual melebihi 200,000 unit di Malaysia. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.