Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Clydesdale adalah sejenis baka kuda penarik yang berasal daripada kuda ladang di Clydesdale, Scotland, bahkan mendapat namanya sempena kawasan berkenaan. Walaupun pada asalnya merupakan antara baka kuda penarik yang kecil, kini ia baka yang tinggi. Biasanya berwarna bay, ia memperlihatkan tanda-tanda putih yang ketara disebabkan kehadiran genetik sabino. Baka ini pada asalnya digunakan untuk pertanian dan pengangkutan, malah masih digunakan sebagai kuda penarik hingga hari ini. Kuda Clydesdale juga digunakan untuk mencipta dan mempertingkat baka-baka kuda penarik yang lain.
Kuda penarik Clydesdale di Maryland State Fair | ||
Ciri-ciri unggul: | Baka kuda penarik, umumnya berwarna bay, dengan tompok-tompok putih dan bulu yang lebat. | |
Negara asal: | Scotland | |
Nama gelaran biasa: | Clydes (Amerika Syarikat) | |
Standard baka | ||
Clydesdale Breeders of the USA: | Standard baka | |
Clydesdale Horse Society: | Standard baka | |
Kuda (Equus ferus caballus) |
Baka kuda ini dicipta daripada kuda jantan Flemish diimport ke Scotland dan dikacukkan dengan kuda betina tempatan. Catatan terawal nama "Clydesdale" bagi baka ini adalah pada tahun 1826, dan menjelang 1830 bermulanya sistem menyewa kuda jantan yang berpunca daripada penyebaran kuda Clydesdale di seluruh Scotland dan ke dalam Inggeris utara. Daftar baka pertamanya ditubuhkan pada tahun 1877. Pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20, ribuan ekor kuda Clydesdales dieksport dari Scotland ke seluruh dunia, termasuklah ke Australia dan New Zealand di mana ia dikenali sebagai "baka pembina Australia". Bagaimanapun, bilangannya mula berkurangan pada Perang Dunia Pertama akibat pertambahan penggunaan mesin dan kerahan tentera. Kemerosotan ini berterusan hinggalah pada 1970-an, baka ini dikira sebagai terdedah kepada kepupusan oleh pertubuhan Rare Breeds Survival Trust. Sejak itu bilangannya terkawal tetapi masih dianggap sebagai terdedah.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.