Kruiser Jerman Königsberg

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kruiser Jerman Königsbergmap

Königsberg adalah kruiser ringan Jerman yang beroperasi antara tahun 1929 dan April 1940, termasuk perkhidmatan dalam Perang Dunia II. Ia adalah kapal sulung dari kelasnya dan telah dikendalikan oleh dua tentera laut Jerman, iaitu Reichsmarine dan Kriegsmarine. Ia mempunyai dua kapal kembar, Karlsruhe dan Köln. Königsberg dibina oleh Kriegsmarinewerft di Wilhelmshaven; ia mula dibina pada 12 April 1926, dilancarkan pada Mac 1927, dan ditauliahkan kedalam Reichsmarine pada April 1929. Ia dipersenjatai dengan 9 meriam utama 15 sm SK C/25 dalam turet kembar tiga dan mempunyai kelajuan tertinggi 32 knot (59 km/j; 37 mph).

Fakta Segera Sejarah, Jerman ...
Thumb
Königsberg pada 1936
Sejarah
Jerman
Nama: Königsberg
Bersempena dengan: Bandaraya Königsberg
Pembina: Reichsmarinewerft, Wilhelmshaven
Dibaringkan: 12 April 1926
Dilancarkan: 26 Mac 1927
Ditauliah: 17 April 1929
Takdir: Karam 10 April 1940 di Bergen, Norway
Ciri-ciri umum [a]
Kelas dan jenis: Kruiser ringan kelas Königsberg
Sesaran: 7,700 long ton (7,800 t)
Panjang: 174 m (571 ka)
Lunas: 15.3 m (50 ka)
Draft: 6.28 m (20.6 ka)
Installed power:
Jana kuasa:
Halaju: 32 knot (59 km/j; 37 mph)
Jarak: 5,700 nmi (10,600 km; 6,600 bt) at 19 knot (35 km/j; 22 mph)
Anak kapal:
  • 21 pegawai
  • 493 anak kapal
Persenjataan:
  • 9 × meriam 15 sm SK C/25
  • 2 × meriam anti-pesawat 8.8 cm SK L/45
  • 12 × 50 sm torpedo
  • 120 periuk api
Perisai:
Tutup

Königsberg berkhidmat sebagai kapal latihan bagi kadet laut pada 1930an, dan menyertai rondaan bukan-intervensi semasa Perang Saudara Sepanyol pada akhir 1930an. Selepas Perang Dunia II meletus pada September 1939, ia memasang ranjau defensif di Laut Utara dan kemudian mengambil bahagian dalam Operasi Weserübung, iaitu pencerobohan Norway pada April 1940. Semasa menyerang Bergen, ia dirosakkan dengan teruk oleh artileri pantai Norway, dan ditenggelamkan oleh pesawat pejuang pengebom Blackburn Skua dari Pasukan Udara Armada keesokan harinya di pelabuhan. Bangkai kapal itu akhirnya diangkat naik pada 1942 dan dipecah-pecahkan untuk sekerap pada tahun berikutnya.

Nota

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.