From Wikipedia, the free encyclopedia
Konkusi, dari perkataan Latin concutere ("gegar dengan ganas")[1] atau concussus ("tindakan melagakan"),[2] merupakan kecederaan otak trauma yang paling biasa. Istilah kecederaan ringan otak, kecederaan traumatik serdahana otak mild ("traumatic brain injury-MTBI), kecederaan kepala ringan (mild head injury-MHI), trauma ringan kepala, dan konkusi boleh saling digunakan,[3][4] sungguhpun yang terakhir sering dianggap sebagai kategori yang lebih sempit.[5] Walaupun istilah "konkusi" masih digunakan dalam penulisan sukan sbagai saling tukar dengan "MHI" atau "MTBI", kesusasteraan perubatan klinikal umum kini sebaliknya menggunakan "MTBI".[6] Dalam rencana ini, "konkusi" dan "MTBI" saling digunakan. Kerap ditakrifkan sebagai kecederaan kepala dengan kehilangan sementara fungsi otak, konkusi menyebabkan pelbagai gejala fizikal, kognitif, dan emosi, yang mungkin tidak diiktiraf jika tidak ketara.
Rawatan melibatkan pemantauan dan rehat fizikal dan kognitif (pengurangan aktiviti-aktiviti seperti kerja sekolah, bermain permainan video dan mesej teks). .[7] Simptom biasanya hilang dalam masa tiga minggu, sungguhpun ia mungkin berterusan atau komplikasi mungkin berlaku. [8]
Mereka yang telah mengalami satu konkusi kelihatan lebih mudah terdedah kepada yang lain, terutamanya sekiranya kecederaan baru berlaku sebelum gejala dari gegaran sebelum ini sembuh sepenuhnya. [9] Terdapat juga proses progresif negatif di mana hentakan yang lebih kecil menyebabkan keterukan gejala yang sama. [7] konkusi yang berulang kali boleh meningkatkan risiko kemudian bagi demensia, penyakit Parkinson, dan / atau kemurungan. .[9]
Pelbagai tanda-tanda akibat gegaran termasuk somatik (seperti sakit kepala), kognitif (seperti rasa hanyut/dalam kabus), emosi (seperti emosi berubah-ubah), tanda-tanda fizikal (seperti kehilangan kesedaran atau amnesia), perubahan tingkah laku (seperti cepat marah), kemerosotan kognitif (seperti tindak balas menjadi perlahan), dan/atau gangguan tidur. [7] Satu rencana kajian Pediatrik 2010 memberi tumpuan kepada kanak-kanak dan remaja mencatatkan bahawa kurang daripada 10% daripada konkusi berkaitan dengan sukan telah dikaitkan keadaan tidak sedarkan diri. [10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.