From Wikipedia, the free encyclopedia
Radio Klasik (radio ini dikenali sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya), Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Radio Malaysia, Rangkaian Nasional, Radio 1, Radio Irama Melayu Asli, Klasik FM, Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1), Nasional FM dan Klasik Nasional) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Perkhidmatan Bahasa Melayu dan Rangkaian Biru) ialah stesen radio nasional Bahasa Melayu tertua di Malaysia untuk masyarakat Melayu Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini juga merupakan radio pertama Bahasa Melayu di Malaysia. Moto utamanya ialah Menggamit Kenangan.
Radio Klasik dan Nasional FM merupakan dua stesen radio yang sedia ada di RTM.
Radio Klasik utamanya ialah di Tingkat 2 Selatan, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.
Liputan Radio Klasik, Nasional FM dan TraXX FM meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4.
Pada 1 April 1946, Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) (Jabatan Penyiaran Malaya) sebelum ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini bermula sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya). Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Inggeris).
Dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya telah terbelah dua; studio asal di Singapura telah ditukar kepada Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur mula bersiaran daripada tempat baru pada 1hb Januari 1959.
Pada 16hb September 1963, Radio Malaya yang dikenali sebagai Radio Malaysia dengan penghantaran bermula dengan perkataan tanda dagangannya Inilah Radio Malaysia pada hari Malaysia hari ini, sebuah persekutuan yang terdiri dari Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (sehingga 1965) telah dilahirkan. Pada hari yang sama, Radio Sabah, Radio Sarawak dan Radio Singapura menjadi sebahagian daripada rangkaian Radio Malaysia sebagai stesen negeri masing-masing untuk pendengar Sabah, Sarawak dan Singapura mula diungkapkan oleh juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada masa yang sama.
Pada 19hb Januari 1971, Radio Malaysia yang dikenali sebagai Rangkaian Nasional memulakan siaran 24 jam sehari sehingga beroperasi selama 24 jam sehari dan telah menambahkan siaran kepada 24 jam sehari. Empat rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Mandarin (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:
Pada 19 Januari 1971, Perkhidmatan Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Rangkaian Nasional memulakan siaran 24 jam sehari. Beberapa rombakan telah dilaksanakan: stesen ini beroperasi selama 24 jam sehari dan telah menambahkan siaran kepada 24 jam sehari.
Pada 6 September 1989, Rangkaian Nasional yang dikenali sebagai Radio 1.[1]
Pada 1hb September 1998, Radio 1 yang dikenali sebagai Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1).
Pada 1hb April 2005, Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1) yang dikenali sebagai Nasional FM.
Pada 1hb April 1998, sempena ulang tahun Radio Televisyen Malaysia ke-52 lahirlah satu lagi stesen baru Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) yang rasmi majlis dilancarkan oleh Menteri Penerangan Malaysia Y.B. Dato' Seri Mohamed Rahmat. Sebagai permulaan stesen RIMA 93.9 disiarkan di sekitar Lembah Klang dalam lingkungan 40 kilometer dari Menara Kuala Lumpur. Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) beroperasi 9 jam sehari bermula jam 3:00 petang hingga 12:00 tengah malam melalui gelombang FM 93.9 MHz. Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) menyiarkan lagu-lagu Irama Melayu Asli baru dan lama seperti Joget, Masri, Inang, Zapin, Asli, Keroncong, Ghazal, Dondang Sayang dan lagu-lagu dari filem Melayu Klasik.
Pada 1hb September 1998, Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) mula beroperasi dari studio digitalnya di Pusat Siaran Antarabangsa (IBC), Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Pada 1 Mei 1999, Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) telah menambahkan siarannya selama 3 jam lagi bermula jam 12:00 tengah hari.
Pada 1hb April 2005, Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) yang dikenali sebagai Klasik FM.
Pada 12hb Ogos 2006, Nasional FM dan Klasik FM telah bergabung secara rasmi ke dalamnya Klasik Nasional menyiarkan lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an bersama dengan rancangan-rancangan utamanya.
Klasik Nasional telah memenangi Anugerah Pendukung Seni dalam Anungerah Seni Negara 2006 pada 19hb November 2006 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Klasik Nasional mempunyai pendengar seramai 708 000 orang mengikut Nielsen Audio Radio Measurment pada bulan Mac 2007. Kini mempunyai pendengar seramai 1.5 juta orang.
Pada tahun 2007, frekuensi Klasik Nasional di Lembah Klang yang dipancar dari Gunung Ulu Kali telah ditukar frekuensi daripada 93.9 MHz kepada 98.3 MHz.
Pada strok tengah malam tepat sejak sekitar jam 12.00 tengah malam Waktu Piawai Malaysia, Hari Tahun Baharu (hari pertama bulan pertama 1 Januari) 2012, Pada frekuensi Klasik Nasional FM (kini digantikan sebagai Radio Klasik) dan Muzik FM (kini telah digantikan secara rasmi oleh Nasional FM) majlis menanda berpecah berasingan berkongsian dipecah-belah kepada dua stesen radio tertua asal disingkirkan bolak-balik rancangan terkikir secara rasmi yang disiarkan dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur untuk masyarakat Melayu Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia disiarkan dalam Bahasa Melayu:
Pada 6 Januari 2024, Penyiar itu menggabungkan 34 rangkaian radionya dalam rancangan radio khas, bertajuk 34 Je - Kita Suka, yang mula bersiaran langsung buat pertama kali di Radio Klasik. Tajuk rancangan radio itu diperoleh daripada slogan perkhidmatan radio RTM, "34 Stesen Radio, Satu Suara".
Pada 5 Jun 2024, Radio Klasik kini bersiaran 24 jam sepenuhnya dengan barisan penyampai.
Pada 1 April 2026, RTM, Radio Klasik, Nasional FM, TraXX FM, Ai FM dan Minnal FM meraikan ulangtahunnya yang ke-80 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-65.
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vocal) | 00:00 |
Harmoni Klasik (lagu 1950an - 1970an) | 00:00 - 06:00 |
Sajian Klasik (lagu 1970an - awal 2000an) | 06:00 - 10:00 |
Melodi Klasik (lagu 1970an - 1980an) | 10:00 - 11:00 |
Nostalgia D'Klasik (lagu 1950an - 1960an) | 11:00 - 12:00 |
Melodi Klasik (Lanjutan) (lagu 1970an - 1980an) | 12:00 - 14:00 |
Mestika Klasik (lagu Pop Yeh Yeh 1960an - 1980an) | 14:00 - 17:00 |
Mutiara Klasik (lagu 1980an - awal 2000an) | 17:00 - 21:00 |
Ritma Klasik (lagu 1970an - 1980an) | 21:00 - 22:00 |
Nostalgia D'Klasik (lagu 1950an - 1960an) | 22:00 - 23:00 |
Ritma Klasik (Lanjutan) (lagu 1970an - 1980an) | 23:00 - 00:00 |
Sub-Segmen | Masa Siaran | Hari Siaran | Catatan | Segmen Rancangan |
---|---|---|---|---|
Nostalgia D'Klasik | 11:00 - 12:00 | Setiap Hari | Lagu-lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an menerusi Melodi Klasik dan Ritma Klasik. | Melodi Klasik |
22:00 - 23:00 | Ritma Klasik | |||
Irama Tanpa Henti | 03:00 - 04:00 | Lagu-lagu sepanjang jalan kenangan tanpa henti selama satu jam | Harmoni Klasik | |
05:00 - 06:00 | ||||
09:00 - 10:00 | Sabtu, Ahad dan Cuti Umum | Sajian Klasik | ||
11:00 - 12:00 | Melodi Klasik | |||
13:10 - 14:00 | ||||
16:00 - 17:00 | Mestika Klasik | |||
20:00 - 21:00 | Mutiara Klasik | |||
23:00 - 00:00 | Ritma Klasik |
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
Berita Utama | 07:00 - 07:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) |
Berita Utama | 09:00 - 09:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) |
Berita Utama | 12:00 - 12:10 (Jumaat) (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) |
Berita Utama | 13:00 - 13:10 (Sabtu hingga Khamis) (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) |
Berita Utama | 17:00 - 17:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) |
Berita Utama | 21:00 - 21:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) |
Berita Utama disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 12:00 tengah hari (Jumaat), 1:00 tengah hari (Sabtu hingga Khamis), 5:00 petang dan 9:00 malam dalam masa 10 minit dan juga disambung siar di stesen Nasional FM.
Pada pukul 6:00 pagi setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.
Radio Klasik adalah Radio yang menggunakan Format Radio FM dan gelombang radio MHz pada frekuensinya.
Frekuensi | Kawasan | Pemancar | Kuasa Pemancar | Catatan |
---|---|---|---|---|
87.6 MHz | Labuan | Bukit Timbalai | 1000 kW | Frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Nasional FM |
87.7 MHz | Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur | Frekuensi dahulu digunakan oleh bekas Rangkaian Nasional dan frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Nasional FM | |
87.9 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk | Frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Nasional FM | |
88.1 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Lawa Mandau | ||
88.3 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang | ||
91.1 MHz | Sandakan, Sabah | Bukit Trig | ||
91.9 MHz | Miri, Sarawak dan Kuala Belait, Brunei | Bukit Lambir | ||
92.5 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Besar | ||
92.9 MHz | Kuching, Sarawak | Gunung Serapi | Frekuensi dahulu 87.6 MHz dan frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Nasional FM | |
93.6 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang | Frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Nasional FM | |
94.9 MHz | Perlis, Alor Setar, Kedah, Thailand Selatan (Songkhla, Yala dan Satun) dan Pulau Pinang (Georgetown hingga ke Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan Nibong Tebal, Batu Kawan, Bukit Mertajam) | Gunung Jerai | ||
98.1 MHz | Limbang, Sarawak dan Bandar Seri Begawan, Brunei | Bukit Mas | ||
98.3 MHz | Shah Alam, Selangor | Gunung Ulu Kali | Frekuensi dahulu 93.9 MHz dan digunakan oleh bekas Rangkaian Nasional dan frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Nasional FM | |
101.1 MHz | Kota Bharu, Kelantan dan Thailand Selatan (Narathiwat) | Telipot | Frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Nasional FM | |
103.3 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut | ||
106.7 MHz | Johor Bahru/Daerah Johor Bahru (Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Mukim Jelutong, Mukim Plentong, Mukim Pulai, Mukim Sungai Tiram, Mukim Tanjung Kupang, Mukim Tebrau, Bandar Johor Bahru dan Bandar Tebrau) dan Singapura | Gunung Pulai | ||
Kota Batam/Pulau Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | ||||
107.1 MHz | Miri, Sarawak | RTM Miri | ||
107.9 MHz | Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung |
Platform TV | Saluran |
---|---|
MYTV | 705 |
Stesen ini unik antara semua stesen yang berpangkalan di Malaysia kerana ia menyediakan kandungan kepada masyarakat Melayu/Islam di Malaysia.
Untuk lima kali sehari azan dimainkan di stesen pada waktu yang ditetapkan yang dikira dan dibincangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Disebabkan penjajaran zon waktunya dengan negara UTC+8 lain sejak 1 Januari 1982, Azan Subuh disiarkan antara 5:37 pagi dan 6:09 pagi untuk Malaysia (kira-kira 30 minit lebih awal daripada sebelumnya zon waktu UTC+7:30). Radio Klasik memutarkan Azan Subuh, Azan Zuhur, Azan Asar, Azan Maghrib dan Azan Isyak azan semua waktu solat disambung siar dari stesen radio Nasional FM, Radio Klasik yang dipersembahkan oleh Menara Kuala Lumpur.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.