From Wikipedia, the free encyclopedia
Kiri Janette Te Kanawa IPA: [kʰiɾi tʰe kʰanʌwʌ] DBE, atau lebih dikenali sebagai Kiri Te Kanawa, (lahir Mac 6, 1944) ialah seorang penyanyi soprano opera berasal dari New Zealand . Pada tahun 1981, beliau diberi penghormatan dan ditonton oleh lebih dari 600 juta penonton secara langsung dari seluruh dunia apabila beliau diundang untuk menyanyikan lagu gubahan penggubah George Frideric Handel berjudul "Let the Bright Seraphim" pada hari perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana.
Te Kanawa dilahirkan di Gisborne, di bahagian utara kepulauan New Zealand. Beliau adalah dari kacukan kaum Māori dan Eropah. Tidak banyak diketahui menganai sejarah keluarga beliau kerana beliau diambil sebagai anak angkat semanjak kecil lagi. Ibu angkat Te Kanawa adalah dari bangsa Irish manakala bapa angkat beliau adalah seorang Māori.
Te Kanawa mula menyanyi dari usia remaja lagi dan pada awal 20an dan kemudiannya menjadi bintang pop terkenal New Zealand dan juga kerap menyanyi di kelab-kelab di New Zealand.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.