kawasan pilihan raya persekutuan di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Kinta Selatan ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah diwakili oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 sehinggalah tahun 1959. Ia merangkumi mukim Kampar, Teja, Blanja, Sungei Trap dan Tanjung Tualang di Kinta.[1]
Kawasan pilihan raya Perak | |
---|---|
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 1955 |
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan | 1959 |
Kali pertama dipertandingkan | 1955 |
Kali terakhir dipertandingkan | 1959 |
Demografi | |
Pemilih (1955) | 16,295 |
Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1955 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.[2][3] Sejak 1955, ahli parlimen untuk kawasan Kinta Selatan ialah Too Joon Hing dari Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang juga merupakan sebahagian parti gabungan Parti Perikatan.
Kawasan Kinta Selatan telah dihapuskan pada tahun 1959 dan kini ia telah digantikan dengan Batu Gajah dan Kampar. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan. Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1955, sebanyak empat calon telah bertanding di kerusi parlimen Kinta Selatan. Mereka ialah Too Joon Hing dari Parti Perikatan, Mohamed Baki Haji Daud dari Parti Kebangsaan Perak (NAP), Idris Hakim dari parti Bebas dan Zaharie Hassan dari Parti Progresif Rakyat (PPP).[4] Too Joon Hing telah menang dan telah menewaskan tiga calon lainnya dengan mendapatkan undian sebanyak 11,611.[3]
Ahli Parlimen untuk Kinta Selatan | |||||
---|---|---|---|---|---|
Parlimen | Tahun | Ahli | Parti | Undian yang didapatkan | Majoriti |
Kawasan parlimen diciptakan | |||||
Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu | |||||
ke-1 | 1955-1959 | Too Joon Hin | Perikatan (MCA) | 11,611 | 9,922 |
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Batu Gajah dan Kampar. |
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
Perikatan | Too Joo Hin | 11,611 | 83.1 | N/A | |
NAP | Mohamed Baki Bin Haji Daud | 1,689 | 14.3 | N/A | |
Bebas | Idris Hakim | 401 | 2.9 | N/A | |
PPP | Zaharie Hassan | 273 | 2.0 | N/A | |
Jumlah undian sah | 13,974 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | |||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | |||||
Pemilih berdaftar | 16,295 | ||||
Majoriti | 9,922 | ||||
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan. | |||||
Sumber |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.