Kingdom of Heaven ("Kerajaan Syurga") adalah filem sejarah 2005 arahan Ridley Scott berdasarkan skrip ditulis oleh William Monahan. Filem ini menumpu kepada Balian d'Ibelin, seorang tukang besi dari sebuah perkampungan di Perancis yang pergi ke kota Jerusalem untuk mencari keampunan Tuhan, yang kemudian turut serta dalam Perang Salib melawan seorang Pemimpin besar Islam, Saladin dan pasukannya yang hendak merebut kota itu dari pihak Kristian. Ia dibintangi oleh Orlando Bloom, Eva Green, Jeremy Irons, David Thewlis, Marton Csokas, Brendan Gleeson, Alexander Siddig, Ghassan Massoud, Edward Norton, Jon Finch, Michael Sheen dan Liam Neeson.
Kingdom of Heaven | |
---|---|
Pengarah | Ridley Scott |
Penulis | William Monahan |
Dihasilkan oleh | Ridley Scott |
Dibintangi | Orlando Bloom Eva Green Jeremy Irons David Thewlis Edward Norton Marton Csokas Liam Neeson |
Sinematografi | John Mathieson |
Disunting oleh | Dody Dorn Chisako Yokoyama (suntingan pengarah) |
Muzik oleh | Harry Gregson-Williams |
Diedarkan oleh | 20th Century Fox |
Tarikh tayangan | 6 Mei 2005 |
Masa tayangan | 145 minit 194 minit (suntingan pengarah). |
Negara | UK Sepanyol Amerika Syarikat Jerman |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $135 juta |
Filem ini mula ditayang pada 6 Mei 2005. Suatu versi suntingan pengarah dalam bentuk DVD berdurasi 30% lebih lama, dan lebih disambut baik secara kritis kerana pendalaman cerita dan nilai sejarah dalam suntingan filem ini yang lebih tepat.
Barisan pelakon
- Orlando Bloom - Balian d'Ibelin
- Eva Green - Sibylla dari Jerusalem
- Liam Neeson - Godfrey d'Ibelin
- Jeremy Irons - Tiberias (pencerekaan watak Raymond III dari Tripoli, Tuan Tiberias untuk filem ini)
- David Thewlis - Hospitaller
- Brendan Gleeson - Reynald dari Chatillon
- Marton Csokas - Guy dari Lusignan
- Ghassan Massoud - Saladin
- Edward Norton - Baldwin IV
- Alexander Siddig - Nasir/Imad (dalam filem ini dia dipanggil Nasir, namun dalam buku atau manuskrip dia lebih dikenal dengan nama Imad; identitinya merupakan titik tolak dalam cerita)
- Jon Finch - Patriark dari Yerusalem
- Iain Glen - Richard I dari England
- Velibor Topic - Amalric
Sinopsis
Templat:Spoiler Balian d'Ibelin (Bloom) , seorang jurutera dan panglima perang hidup bertukang besi di sebuah perkampungan Perancis dihantui oleh tindakan isterinya membunuh diri setelah keguguran. Sekelompok kecil askar salibi datang ke rumahnya meminta dibuatkan ladam untuk kuda-kuda mereka, juga makanan dan tempat berteduh, Balian memenuhi permintaan mereka. Balian bertanya jika pemimpin Pasukan Salib ini ayahnya Godfrey d'Ibelin (Neeson) berdasarkan pemerhatiannya; salah satu askar tersebut mengiyakan sambil menambah tujuan mereka untuk menjemput Balian bersama kembali ke tanah suci Jerusalem.
Pada awalnya, Balian menolak ajakan Godfrey, kerana dia merasa tidak memerlukan pengakuan dari Geodfrey, yang selama ini dia mampu hidup tanpa ayahnya itu. Geodfrey tidak mahu maksa Balian dan dia faham mengapa Balian seperti itu. Kemudian, pasukan itu pun bergegas bersiap untuk kembali ke Jerusalem. Sebelum rombongan itu pergi, salah seorang tentera Geodfrey berpesan jika Balian berubah fikiran, dia masih boleh menyusul. Tentera itu memberitahu jalan yang mana satu mereka ikuti.
Ketika itu, ada seorang paderi kampung mencuri dengar perbualan. Paderi itu berusaha meyakinkan Balian bahawa dalam situasi yang Balian alami saat ini, akan lebih baik jika Balian pergi bersama Geodfrey. Paderi itu meyakinkan Balian bahawa Jerusalem merupakan tempat untuk mencari keampunan. Seperti reaksinya terhadap Geodfrey, Balian juga tidak mengendah perkataan paderi itu. Namun, ketika si paderi itu mula berkata hal yang menyakitakan tentang isterinya, pemuda ini marah dan membunuh paderi itu. Keadaan berubah semakin parah bagi Balian, membunuh seorang paderi merupakan kesalahan yang sangat besar, paderi itu mungkin ada benarnya juga, tidak ada lagi tempat untuk Balian di kampung itu, akhirnya Balian pun memutuskan untuk menyusul ayahnya pergi ke Jerusalem dengan harapan boleh menebus dosa dan keampunan Tuhan untuk isteri dan dirinya sendiri.
Setelah mereka meninggalkan desa itu, para askar penjaga tempatan datang menemui pasukan Salib hendak menangkap Balian. Pasukan Salib Geodfrey enggan menyerahkan Balian dan terjadilah pertumpahan darah yang kemudian dimenangi pasukan Godfrey tetapi banyak antara mereka yang terbunuh dan Godfrey sendiri luka parah akibat terkena panah.
Di Jerusalem, Godfrey, ketika hampir menjelang ajal, melantik Balian sebagai seorang ksatria dan memerintahkan agar Balian setia kepada Raja Jerusalem dan melindungi rakyat. Lalu, Balian mengenali tokoh politik penting Jerusalem, iaitu Raja Baldwin IV (Norton), yang sakit sopak tetapi seorang yang bijak, pemimpin yang baik hati; Puteri Sybilla (Green), adik perempuan Raja Baldwin IV dan yang juga telah menarik hati Balian; Guy de Lusignan, suami Sybilla yang licik, dahagakan darah, dan tidak ramah.
Kemudian, Guy dan Raynald de Chatillon (Gleeson) dengan sadis membantai rombongan Muslim yang sedang melintas gurun. Dengan perasaan murka, Saladin berangkat ke Kerak, istana milik Guy, bersama pasukannya untuk menuntut balas. Balian bersama para perajuritnya segera berangkat dari Ibelin untuk memberi bantuan kepada pihak Kerak melawan serangan Saladin (Massoud) itu. Walaupun kalah dari segi jumlah tentera, Balian dan para prajuritnya tetap gagah berani berusaha menahan serangan pasukan Saladin untuk sementara waktu agar para penduduk desa di sekitar Kerak boleh lari bertahan ke dalam istana. Pertempuran itu berakhir cepat, Balian dan pasukannya ditawan, namun tak lama dilepaskan kembali oleh seorang jeneral Muslim sebagai balasan kemuliaan hati Balian yang dia pelajari lama sebelum pertempuran itu. Akhirnya, Raja Baldwin IV tiba bersama pasukannya dan berhasil memujuk Saladin untuk menangguhkan penyerangan, mencegah pertumpahan darah yang sia-sia dan berjanji akan menghukum Raynald.
Raja Baldwin akhirnya meninggal dan pemerintahannya diturunkan ke Sibylla lalu melantik suaminya, Guy, sebagai Raja baru Jerusalem. Guy, dengan bantuan Raynald, menyambung peperangan dengan Saladin dengan membunuh adik perempuan Saladin, juga beberapa warga Muslim dan utusan Saladin. Bersama pasukan Ksatria Templar, Guy keluar dari kota Jerusalem ke gurun pasir untuk menyerang Saladin, tanpa memikirkan pentingnya faktor persediaan makanan dan minuman. Akibatnya, pasukan Muslim dengan mudah mampu mengalahkan pasukan Salib Templar yang telah lemah dan kelelahan itu dan pertempuran itu dikenal sebagai Perang Hattin. Raja Guy dan Raynald ditangkap dan kemudian dihukum penggal oleh Saladin, yang kemudian bergerak bersama pasukannya ke Jerusalem yang cuma ada Balian sebagai pelindung bandar. Peperangan berlalu 3 hari dengan cepatnya, Balian menunjukkan kehebatan taktiknya dengan menjatuhkan menara-menara penyerang Saladin. Suatu ketika, salah satu bahagian dinding Jerusalem berjaya dirobohkan, tetapi pasukan Balian dengan gigih mampu menahan kekuatan Saladin.
Keesokan harinya, Saladin mengajak Balian berunding, dan akhirnya Balian pun setuju menyerahkan Jerusalem kepada Saladin setelah Saladin mengajukan syarat jaminan keselamatan penganut Kristian untuk menghantar mereka ke negeri Kristian.
Di bahagian akhir filem, Balian telah berada di rumah lamanya di Perancis. Seperti kejadian sebelumnya, ada sekelompok pasukan Salib menuju ke rumah itu, kali ini pasukan itu dipimpin oleh Raja England Richard I. Richard mengatakan pada Balian bahawa beliau memimpin pasukannya dalam Perang Salib baru untuk merebut kembali Jerusalem dari Saladin. Raja Richard juga mengatakan beliau sedang mencari Balian, yang dikenali sebagai pembela Jerusalem, untuk memintanya bergabung, tapi Balian hanya mengaku dia hanyalah seorang tukang besi dan menolak ajakan tersebut. Kemudian kelihatan Sibylla, berpakaian jubah bulu mewah, dan Balian serta Sibylla berkuda bersama setelah berhenti sejenak di kubur isteri Balian.
Filem berakhir dengan tulisan bahawa setelah bertahun-tahun berperang, Richard tetap tidak mampu merebut kembali Jerusalem, dan peperangan merebut Jerusalem terus berlanjut hingga tahun-tahun mendatang, dengan bunyi "hingga hari ini, keamanan di Negara Syurga masih kabur." Templat:Endspoiler
Produksi
Penggambaran filem sebahagian besar dilakukan di Ouarzazate di Maghribi tempat Scott membuat filem Gladiator dan Black Hawk Down. Replika kota tua Jerusalem dibuat di kawasan gurun pasir. Pengambilan gambar juga dilakukan di Sepanyol, di kota istana Loarre, Segovia, Valsaín, Ávila, Palma del Río dan gedung Casa de Pilatos di Seville.
Profesor Hamid Dabashi dari Universiti Columbia adalah penasihat filem ini.
Khabarnya, pemerintah Maghribi menugaskan ratusan pasukan keselamatannya untuk melindungi kawasan penggambaran dan para pekerja filem dari pengganas Muslim yang pernah mengancam untuk menyerang. Perlu diketahui, Ridley Scott telah menjadikan pasukan tentera Maghribi muncul untuk adegan peperangan.
Anugerah diraih
Menang (3)
European Film Awards:
- Anugerah Penonton - Pelakon Lelaki Terbaik (Orlando Bloom)
Satellite Awards:
- Skor Asal Terbaik (Harry Gregson-Williams)
VES Awards:
- Kesan Visual Terbaik dalam Filem (Wes Sewell, Victoria Alonso, Tom Wood, Gary Brozenich)
Pencalonan (8)
Satellite Awards:
- Pelakon Lelaki Terbaik bagi Watak Pembantu, Drama (Edward Norton)
- Rekaan Produksi dan Arahan Seni Terbaik (Arthur Max)
- Rekaan Kostum Terbaik (Janty Yates)
- Kesan Visual Terbaik (Tom Wood)
Teen Choice Awards:
- Filem Pilihan: Aksi/Pengembaraan
- Pelakon Lelaki Filem Pilihan: Aksi/Pengembaraan/Cemas (Orlando Bloom)
- Kucupan Filem Pilihan (Eva Green dan Orlando Bloom)
- Babak Cinta Filem Pilihan (Eva Green dan Orlando Bloom - kucupan Balian dan Sibylla)
Rujukan
- Scott, Ridley (2005). Kingdom of Heaven: The making of the Ridley Scott Epic. New York: Newmarket Press. ISBN 1-55704-661-1.
- Hamilton, Bernard (2005). The Leper King and his Heirs: Baldwin IV and the Crusader Kingdom of Jerusalem. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-01747-5. Dicapai pada 2006-07-08.
- Runciman, Steven (1987). A History of the Crusades (Vol 2) The Kingdom of Jerusalem. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. pp403-469. ISBN 0-521-34771-8. Dicapai pada 2006-07-08.
|pages=
has extra text (bantuan)
Pautan luar
- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Kingdom of Heaven (2005) at Yahoo! Movies
- Kingdom of Heaven at Crusades-Enyclopedia
- Interview with Historians at Christianity Today
- Daily Telegraph article (reprinted by the Washington Times), with criticism from Riley-Smith and others
- In the Agora review Diarkibkan 2006-10-19 di Wayback Machine
- MID Foundation provided cultural consultancy and dialect coaching for this production.
- Kingdom of heaven the real story, in french'
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.