King's Field (キングスフィールド , Kingusu Firudo) merupakan sebuah siri permainan video berperanan konsol ciptaan From Software yang telah diterjemah ke bahasa bahasa Inggeris oleh ASCII Entertainment (kini dikenali sebagai Agetec). Siri ini terkenal dengan suasananya yang menyeramkan dan bermisteri di samping kawasan-kawasan sempit dan seakan-akan kurungan bawah tanah.[1] Judul-judul di bawah siri ini telahpun dikeluarkan untuk PlayStation, PlayStation 2, PlayStation Portable, Microsoft Windows dan beberapa pelantar telefon bimbit.[2]
King's Field | |
---|---|
Genre | Permainan video berperanan konsol |
Pembangun | From Software |
Penerbit | From Software ASCII Entertainment Agetec SCEE Metro 3D |
Platform | PlayStation, PlayStation 2, PlayStation 3 PlayStation Portable, Windows, Telefon bimbit |
Keluaran pertama | King's Field 16 Disember, 1994 |
Keluaran terkini | King's Field Mobile 2014 |
King's Field telah dikeluarkan untuk PlayStation di Jepun pada 16 Disember, 1994, iaitu 13 hari selepas konsol PlayStation itu sendiri dijual di pasaran.[perlu rujukan] Rekaan judul ini dalam gaya 3D penuh dan perspektif orang pertama pada waktu itu dipuji dan selaras dengan itu telah menerima kritikan positif.[perlu rujukan] Dua buah judul King's Field kemudiannya telah dikeluarkan dalam jangka masa yang singkat: King's Field II dikeluarkan pada 21 Julai, 1995, dan King's Field III pada 21 Jun, 1996. King's Field IV dikeluarkan beberapa tahun kemudiannya untuk PlayStation 2 pada 4 Oktober, 2001. [3] Sebuah judul yang berkait rapat dengan siri King's Field telah dikeluarkan untuk PlayStation 3 iaitu Demon's Souls pada 5 Februari, 2009 di Jepun.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.