Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Berhormat Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin (Jawi: خيرالنظام بن خيرالدين) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dari 2019 hingga 2021 dan Ketua Penerangannya sejak 2021.
Khairil Nizam Khirudin JMN; PEng; PTech | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Jerantut, Pahang | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Ahmad Nazlan Idris |
Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia | |
Menyandang jawatan 2 November 2021 | |
Didahului oleh | Kamaruzaman Mohamad |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 28 Disember 2020 – 5 November 2022 | |
Ketua Pemuda Perikatan Nasional | |
Dalam jawatan 10 November 2020 – 2 November 2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Ahmad Fadhli Shaari |
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 2019–2021 | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Didahului oleh | Muhammad Khalil Abdul Hadi |
Digantikan oleh | Ahmad Fadhli Shaari |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Khairil Nizam bin Khirudin 16 Oktober 1979 Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak, Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (2020-kini) |
Tempat belajar | Universiti Teknologi Petronas |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Jurutera |
Khairil dilahirkan pada 16 Oktober 1979 di Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak. Merupakan anak ke-5 daripada 6 beradik. Beliau mendapat pendidikan dalam pengajian sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 1997-2002[1] dan menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan dan Penyenggaraan Aset (Asset Management and Maintenance) dari universiti yang sama pada 2012-2013[1].
Khairil Nizam telah menyertai Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Malaysia sejak 2009[2]. Beliau turut dilantik ke jawatan tinggi dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia seperti Bendahari[3] (2011–2013), Naib Ketua[4][5] (2013–2017), Timbalan Ketua (2017–2019)[6] dan Ketua Pemuda (2019–2021)[7]. Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[8]
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 beliau bertanding di Parlimen Gombak mewakili PAS. Beliau mendapat undian yang paling sedikit berbanding calon BN-UMNO. Kerusi itu dimenangi oleh penyandangnya Mohamed Azmin Ali dari PH-PKR.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.