From Wikipedia, the free encyclopedia
Kerana Sarah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Murali Abdullah dibintangi oleh Rita Rudaini, Lisdawati, Ako Mustapha dan Fauzi Nawawi, Khaty Azian. Ia mengisahkan tentang gejolak hati seorang Sarah yang terpaksa mengharungi derita hanya kerana cintanya terhadap lelaki bernama Emran. Haknya sebagai seorang isteri, ibu dan menantu tidak pernah diakui dan diterima oleh ibu mertuanya, Puan Rosnah yang sangat membencinya. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 7 Februari 2013 hingga 13 Mac 2013 menggantikan Debunga Lalang.[1] Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Kerana Sarah | |
---|---|
Ditulis oleh | Haida Mazni Mohammad |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Pengubat Rindu Luka" oleh Toi |
Lagu penutup | "Pengubat Rindu Luka" oleh Toi |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Sinematografi | Azaini Mohamad |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | Temenggong Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Siaran asal | 7 Februari 2013 – 13 Mac 2013 |
Kronologi | |
Mengikuti | Debunga Lalang |
Diikuti oleh | Duri Di Hati |
Mengisahkan tentang gejolak hati seorang wanita bernama Sarah (Rita Rudaini) yang terpaksa mengharungi derita hanya kerana cintanya terhadap lelaki bernama Emran (Ako Mustapha). Haknya sebagai seorang isteri, ibu dan menantu tidak pernah diakui dan diterima oleh ibu mertuanya, Puan Rosnah (Katie Azian) yang sangat membencinya.
Persengketaan bermula apabila Emran menolak hasrat Puan Rosnah yang ingin menyatukannya dengan Dayana (Lisdawati) dan berkahwin dengan kekasihnya, Sarah. Meskipun perkahwinan di antara Emran dan Sarah tidak direstui oleh ibunya, namun berkat kesabaran dan kasih sayang serta sumpah setia terhadap cinta Emran, Sarah sabar mengharungi segala rintangan sehinggalah mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Kebahagian yang dikecapi bersama Emran semakin dirasai apabila Sarah kini sedang sarat mengandung anak kelima. Akan tetapi takdir telah merampas Emran dari Sarah apabila Emran meninggal dunia akibat mati lemas. Sarah mula hilang arah. Rosnah pula mula mengambil kesempatan di atas suratan yang berlaku demi membalas dendam terhadap Sarah.
Sejurus Sarah selamat melahirkan bayi comel yang diberi nama Efira, Rosnah telah memisahkan bayi itu dengan ibunya dengan menyerahkan Efira kepada Dayana. Sarah meronta-ronta ingin berjumpa Efira sehingga menyebabkan dirinya menjadi gila dan dirawat di hospital mental. Apakah nasib Sarah selepas itu?
Masa berlalu pergi, Efira (Shakilla Khoriri) yang dibesarkan oleh Dayana kini sudah pun meningkat dewasa. Sejarah seakan berulang kembali. Dayana cuba menyatukan Efira bersama calon pilihannya. Adakah nasib Efira sama seperti ibu kandungnya, Sarah? Atau Efira akan merampas kembali kedukaan yang pernah membelenggu hidup ibunya suatu ketika dahulu?
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.