From Wikipedia, the free encyclopedia
Kerana Korona ialah sebuah filem drama Malaysia 2021 arahan Kabir Bhatia dengan skrip ditulis oleh Natasha Azlan dan Shemad Al-Jufri terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Wildsnapper TV. Diinspirasikan daripada latar sebenar pandemik COVID-19 di Malaysia, ia dibintangi oleh Rashidi Ishak, Jalaluddin Hassan, Rita Rudaini dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan pada 21 Januari 2021 di Astro First.[1][2][3]
Kerana Korona | |
---|---|
Pengarah | Kabir Bhatia |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Nurhanisham Muhammad |
Disunting oleh | Wong Hui Lynn |
Syarikat penerbitan | Wildsnapper TV |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 87 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Mengisahkan tiga cerita yang mempunyai pertalian di mana Zati tidak bahagia bersama Razman. Meskipun suaminya sentiasa berada di rumah, namun mereka semakin menjauh. Manakala, anak mereka Harun yang mempunyai cita-cita sebagai jurufoto, namun impiannya dipandang rendah oleh Zati dan Razman. Bosan kerana melihat ibu bapanya sering bertengkar, Harun mula keluar secara sembunyi ketika PKP bersama Maya. Manakala adiknya Bob berusaha menyediakan aktiviti di rumah untuk Zati dan Razman agar mereka berbaik.
Kisah kedua menyaksikan tentang seorang doktor bernama Janna yang berdepan dengan dilema tanggungjawab dan pendirian.
Manakala, kisah ketiga mengenai warga emas, Leman yang keras kepala dan abaikan prosedur operasi standard (SOP) sehingga merisaukan jirannya Leila. Sementara itu, Leila hidup kesunyian dan tidak berhubung dengan anaknya, Razman.
Filem ini merupakan gandingan layar lebar pertama Rita Rudaini dan Rashidi Ishak dalam tempoh 15 tahun sejak filem Cinta (2006).[1][4]
Kerana Korona dikeluarkan pada 21 Januari 2021 di Astro First.[1][5][6] Aqmar Mustaza, menulis untuk Sinar Harian berpendapat filem ini memiliki "jalan cerita santai".[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.